Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 20, 2024 @ 7:00pm

[VIDEO] Nabil Aqil Sifatkan Fattah Amin Lelaki Melayu Terakhir – “Dia Sangat Baik, Tak Merokok…”

Pelakon, Nabil Aqil menyifatkan aktor, Fattah Amin digelar sebagai seorang ‘lelaki melayu terakhir’.

Pertama kali berganding dengan suami kepada selebriti, Nur Fazura itu, Nabil yang kini membintangi Tonton Original Series: Salju Rindu di Bumi Auckland itu menggambarkan keperibadian Fattah seorang yang sangat baik dan suka berkongsi pendapat ketika di set penggambaran.

“Berlakon dengan abang Fattah Amin sangat menyeronokkan, dia seorang lelaki yang sangat baik, tak hisap rokok mahupun vape (rokok elektronik). Pada saya, abang Fattah adalah seorang lelaki Melayu terakhir.

“Dia macam abang saya juga. Kalau saya ada apa-apa soalan mengenai bidang lakonan ini, saya akan bertanya dengan dia dan dia pun banyak beri tunjuk ajar,” katanya.

Dalam pada itu, Nabil turut meluahkan rasa terharu dan syukur apabila namanya disebut dan dicadangkan oleh Fattah untuk memegang watak sebagai adiknya dalam drama Lelaki Melayu Terakhir.

“Sebenarnya yang tawarkan untuk berlakon dalam drama Lelaki Melayu Terakhir itu pun disebabkan atas cadangan Fattah. Kak Erma Fatima bertanya kepadanya sekiranya dia ada cadangan aktor untuk jadikan sebagai adik dan dia sebut nama saya.

Artikel Berkaitan: Fattah Amin Curang? Wawa Zainal & Aeril Zafrel Mohon Netizen Hentikan Fitnah – “Fazura Sendiri Tak Cakap Suami Dia Curang”

Artikel Berkaitan: Content Podcast Asyraf Khalid, Tya Ariffin Dikritik Tak Berkualiti Gara-Gara Ulas Isu Rumah Tangga Fazura dan Fattah Amin

Artikel Berkaitan: Individu Dedah Sikap Fattah Amin Seorang ‘Introvert’, Baik Hati… – “Dia Suka Layan Anak, Tak Reti Berparti” 

Artikel Berkaitan: DJ Sonic Sifatkan Fazura Seorang Isteri Menjaga Aib Rumah Tangga – “Dia Tak Pernah Burukkan Fattah Amin” 

Artikel Berkaitan: Status Perkahwinan Akhirnya Terjawab, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

“Malah, wajah kami pernah disamakan ketika saya sertai satu program realiti ini, saya rasa tak sama pun cuma mungkin bentuk paras rupa kami lebih kurang.

“Apabila disebut oleh abang Fattah, saya rasa terharu dan sangat dihargai. Terima kasih Abang Fattah,” katanya lagi.

@xtra_my

Bagusnya kan Fattah Amin ni 🥰 Nabil Aqil pun baik jugaa 🤩 #fattahamin #fazura #nabilaqil #fyp #xtramy

♬ original sound – XTRA – XTRA

 

Dalam perkembangan lain, karya lakonan Nabil, Tonton Original Series Salju Rindu Di Bumi Auckland yang turut dibintangi oleh Riena Diana dan Keith Foo kini sedang disiarkan di Tonton.

Berkongsi mengenai wataknya, Nabil berkata dia menerima tawaran untuk berlakon dalam drama tersebut kerana ingin membawa watak seorang ‘introvert’ yang seolah-olah mencerminkan dirinya itu.

Bukan itu sahaja, Nabil turut meluahkan rasa teruja apabila dapat bergandingan dengan aktor, Keith Foo.

“Watak saya dalam drama ini lain sikit lebih ‘introvert’ dan ‘reserved’.. Saya suka bawa watak seperti ini sebab itulah saya dunia nyata.

“Ini kali pertama saya digandinkan dengan abang Keith, orangnya sangat bersahaja dan tenang. Banyak perkara saya belajar daripada dia. Sepanjang penggambaran berlangsung tak ada rasa tertekan,” katanya.

Tonton Original Series membawakan kepada anda sebuah drama bersiri yang pasti akan mencuri hati penonton, Salju Rindu di Bumi Auckland, yang menampilkan gandingan mantap dua bintang hangat, Riena Diana dan Keith Foo.

Drama penuh emosi ini berlatarbelakangkan keindahan bumi Auckland, mengisahkan tentang kekeluargaan, cinta, dan juga penebusan. Drama ini merupakan hasil terbitan Global Station yang diarahkan oleh Riza Baharudin.

Saksikan Tonton Original Series: Salju Rindu di Bumi Auckland secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton setiap Isnin hingga Khamis, mulai 16 September 2024 hingga 31 Oktober 2024!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 22 Mar 2021

Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Sehingga RM 500,000 Untuk Rakyat

Bantuan buat mereka yang terkesan akibat vaksin

Hiburan Fri, 3 Jan 2025
Featured Fri, 28 Mar 2025

Tebuk Surah Al-Mulk, Bacaan Noorkhiriah Dipuji Sedap – “Tak Ada Belajar Tarannum Pun”

Khiriah mengaku untuk kekal istiqamah sangatlah susah, justeru dia meminta agar orang ramai sentiasa mendoakannya.

Trending Thu, 1 Aug 2019

这些都是鬼节「你可以」做的事!

农历七月,是民间俗称「鬼门关」大开的日子!到底农历七月有哪些是你可以做的事?

Featured Wed, 18 Dec 2024

Shila Amzah Mengaku Ubai Tertekan Dituduh ‘Kaki Pukul’

Hantaran dibuat sekdar memberi kesedaran sahaja.

Trending Thu, 28 Apr 2022
Hiburan Sat, 9 Dec 2017

Abam Bocey & Pasangan Selamat Bernikah

Abam Bocey & Pasangan Selamat Bernikah, Sekali Lafazdengan pasangannya yang mula berkawan sejak 2009, sebelum Abam melangkah kaki ke Raja Lawak 6

error: Content is protected !!