Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 24, 2024 @ 10:48am

Berimej Botak, Dai Syed Hadir Ke Mahkamah Bagi Sebutan Kes Rayuan Merogol

Pendakwah bebas sensasi, Dai Syed hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor bagi sebutan kes rayuan atas kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun lalu.

Dai Syed atau nama lengkapnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful hadir ke mahkamah pada jam 9:05 minit.

“Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Saya okay,” katanya ringkas ketika ditemui.

Hadir ditemani isteri tersayang, Hana Ismail, penampilan Dai yang tampil dengan imej botak.

Sebelum ini, Dai Syed dibebaskan selepas 21 hari meringkuk dalam penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi didengar dan diputuskan

Dan, pada 30 Ogos lalu, Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan.

Sebaik mendengar keputusan itu, bapa anak satu itu dilihat menangis teresak-esak di dalam kandang tertuduh.

Hakim dilapor menolak permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman selepas mendapati tiada keadaan khas bagi membolehkan mahkamah membenarkan permohonan tersebut.

Dalam pada itu, pada 10 April 2023, Hakim Rihaida Rafie melepas dan membebaskan pendakwah tersebut daripada tuduhan berkenaan tanpa memanggilnya membela diri.

Pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City di Seksyen 7, jam 1.35 malam pada 11 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April 2022.

Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut kolej swasta.

Artikel Berkaitan: “Moga Ada Keajaiban” – Abby Abadi Sedih Da’i Syed Dihukum Penjara?

Artikel Berkaitan: Isteri Masih Dalam Pantang, Da’i Syed Dipenjara 10 Tahun & Tiga Sebatan Atas Dakwaan Merogol

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Oct 2018

Psst…7 Hal MENARIK Yang Perlu Korang Tahu Sebelum Pergi Menonton Gol & Gincu Vol 2

Kenapa Fazura tidak berlakon dalam Gol & Gincu Vol 2 eh? Nak tahu, jom baca info di atas!

Featured Fri, 6 Dec 2024

PU Azman Akhirnya Mengaku Bersalah Sentuh K*mal*an Pelajar, Hukuman Penjara Ditambah

PU Azman mengaku bersalah atas pertuduhan lakukan amang s*ksual.

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

权玄彬爆退出「JBJ宣布解散」4月终止活动

韩国男子团体JBJ由选秀节目《PRODUCE 101》第二季成员组合而成;外界原本传他们打算续约延长活动时间,怎料,14日下午权玄彬宣布离开,团体JBJ也确定「活动只到4月终止」,限定团体即将解散。

Hiburan Tue, 16 Jan 2024
Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Penyanyi Despacito Dirompak Lelaki Mirip Wajahnya?

Lebih pelik, lelaki yang menyamar sebagai pelantun Despacito itu menghubungi kakitangan hotel di Valencia untuk membuka ‘bilik selamatnya’.

Hiburan Sat, 7 Jul 2018

Aktivis LGBT Dilantik Jadi Pegawai Di KBS? Ini Jawapan Syed Saddiq!

“Terdapat ‘permata’ yang tersembunyi di seluruh Malaysia. Sebab itu saya mengambil pendirian untuk menerima CV (curriculum vitae) dari sesiapa pun. Haaa, dengar tu semua! Bolehlah korang cuba nasib, siapa tahu anda ‘permata’ yang dicari itu!

Hiburan Tue, 17 Jun 2025
error: Content is protected !!