Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 25, 2024 @ 11:47am

“Fattah Amin Belum Sedia Lepaskan Fazura” – Peguam

Peguam syarie mewakili Fattah Amin, Zulkifli Che Yong memberitahu, aktor itu masih belum bersedia melepaskan isterinya, aktres Nur Fazura.

Zulkifli berkata, kedua-dua pihak akan membincangkan isu rumah tangga mereka secara baik dan sedaya upaya memuktamadkan beberapa terma.

Malah, katanya, tidak wajar untuk anak guamnya menyatakan sebarang fakta kerana akan memprejudiskan kes yang sedang berlangsung ketika ini.

Ini adalah prosiding di mahkamah, jadi tidak wajar anak guam saya khususnya menyatakan apa fakta di sebaliknya kerana ini akan memprejudiskan kes.

“Saya ingin menjelaskan secara umum mengenai kenyataan yang sudah dikeluarkan kepada pihak kami dalam mahkamah sebentar tadi selepas ditanya oleh pihak mahkamah.

“Pihak defendan, iaitu Fattah setakat ini belum bersedia atau belum bersetuju untuk bercerai secara baik atau sebaliknya.

“Ini kerana, pihak-pihak dalam kes ini sedang cuba untuk memuktamadkan terma-terma bagi menyelesaikan isu.

“Adalah perlu untuk pihak-pihak menyelesaikan terma-terma berkenaan sekiranya mahu menyelesaikan perkara ini secara baik agar tidak dipanjangkan lagi apa-apa perkara yang belum selesai,” katanya.

Zulkifli berkata demikian usai prosiding kes permohonan cerai difailkan Fazura terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada Rabu.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, perbicaraan selanjutnya akan berlangsung pada 7 Oktober depan.

Jadi, saya berdoa kepada agar kedua belah pihak dapat menyelesaikan secara baik dan terma persetujuan dapat dimuktamadkan.

Sekiranya demikian, pihak defendan (Fattah) akan menyatakan pendirian pada tarikh akan datang, iaitu 7 Oktober mengenai pendiriannya untuk perceraian secara baik.

Pada 13 September lalu, Fazura dikatakan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor bagi memfailkan cerai terhadap suami, aktor Fattah Amin.

Bagaimanapun, Fattah memaklumkan terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.

Fattah berkata, dia masih menyayangi Fazura dan menegaskan tiada wanita lain yang menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.

Sementara itu, Fazura pula memilih mengunci mulut mengenai perceraian yang difailkan itu.

Sekadar info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 Oct 2021
Hiburan Sat, 21 Dec 2024
Hiburan Sun, 29 Sep 2019

Exists Buat 4000 Penonton ‘Cair’ Dalam Stadium

Exists sememangnya salah satu kumpulan muzik terhebat Malaysia!

Events Tue, 9 Jul 2019

不排除来马取景拍MV!伍佰想挑战演「女生」

伍佰新歌《最美的时刻》MV过足戏瘾,直言想挑战饰演女生,并不排除将来会在大马取景拍摄!

Featured Thu, 9 Sep 2021

Orang Ramai Boleh Melancong Ke Langkawi Mulai 16 September

Para pengunjung yang ingin mengunjungi Pulau Langkawi perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menurut  Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri mulai 16 September, Langkawi boleh dikunjungi pelancong dari seluruh negara […]

Featured Wed, 25 Sep 2024
Hiburan Sat, 3 Nov 2018

#ASK2018: Selesa Gandingan Dengan Syafiq Kyle, Amyra Tak Sabar Tunggu Nur 2

Bukan Amyra je tak sabar, kami pun dah tak sabar nak tengok sambungan kisah Ustaz Adam & Nur dalam Nur 2.

Featured Thu, 17 May 2018

12 Cadangan Hidangan Sahur Yang Sihat, Mudah Dan Bekalkan Tenaga

Tak ada idea nak bersahur dengan apa? Di sini ada beberapa cadangan mudah dan ringkas.

error: Content is protected !!