Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 3, 2024 @ 5:52pm

Nonny Nadirah Dedah Sihir Punca Kembali ‘Free Hair’, Mengaku Masih Berpegang Teguh Ajaran Al-Quran & Hadis

Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah mengaku perubahan drastik yang berlaku terhadap dirinya sehingga mencetuskan pelbagai kontroversi termasuklah berani tampil berkemban dan terkangkang di media sosial adalah berpunca dari perbuatan sihir seseorang.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Nonny menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya sebentar tadi.

Katanya, walaupun tampil dengan pelbagai isu panas sebelum ini terutamanya melibatkan aksi dan penampilannya, namun itu bukan penghalang untuknya kekal berpegang pada ajaran al-Quran dan hadis.

Enggan mendedahkan siapakah dalang disebalik ‘penyakit’ yang dihidapi, Nonny bagaimanapun menganggap setiap manusia mempunyai ujian masing-masing.

“Saya Nonny Nadirah, saya berpegang kepada al-Quran dan hadis.

“Jangan ditanya siap yang menyihir. Lain orang lain ujiannya. Mana yang perang mana yang disihir.

“Hendak menegur kenal caranya. Amal ilahi kekuatan ilmunya. Islam agama yang luar biasa dan ajaib. Doa yang baik-baik,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nonny Nadirah (@nonnynadirah)

 

Dalam pada itu, menerusi video pendek yang dikongsikan, Nonny turut berkongsi beberapa fotonya sebelum dan selepas berhijrah sehinggalah penampilan terkininya.

Bahkan, berkongsi kesan disebalik perbuatan khianat individu terbabit.

“Sihir dan gangguan yang saya hadap. Hanya kerana cinta Islam yang amat mendalam.

“Dunia akhir zaman, semua berkaitan iman. Kau orang tak rasa apa yang saya rasa hanya kerana cinta terhadap agama,” kongsinya.

Terdahulu, Nonny menerusi temu bualnyabersama media menolak dakwaan kononnya video panas yang dimuat naik di Instagram nya itu hanyalah mahu mencari publisiti murahan atau cuba menjadi ‘attention seeker’.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 14 Jul 2018

Doa Fazura Mahu Anak Tarik Perhatian Ramai

Tatkala Wani mengirimkan titipan doa saya yang ditulis kali ini hati saya terlebih sayu. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT dan saya bermohon jika sudi anda semua mengaminkan juga doa-doa saya ini sempena solat Maghrib dan Isyak ini…

Trending Fri, 20 Nov 2020
Featured Wed, 9 Aug 2023
Featured Wed, 1 Nov 2023
Hiburan Wed, 28 Feb 2018

杨采妮帮儿庆生「小黄花」4姐妹合体

43岁「玉女掌门人」杨采妮2017年4月底宣布顺利生下一对双胞胎儿子,她近日为一对双胞儿提前庆生,好姐妹梁咏琪、李心洁及许茹芸也分别携家带眷参加庆生趴。梁咏琪事后还PO出数张庆生照,4女神久违同框,引起不少粉丝关注。

Events Sat, 24 Aug 2024

“Tolong Selamatkan Ibu Saya” – Anak Mangsa Insiden Tanah Jerlus Gagal Tahan Sebak

Moga misi pencarian dijalankan dan mangsa berjaya dijumpai😥

Trending Fri, 20 Jul 2018

Selit Dadah Dalam Coli, Dua Rakyat Malaysia Kena Cekup Di Jepun

Dua wanita berkenaan mengaku menyeludup dadah ‘Stimulant’ dengan menyembunyikan dalam tuala wanita dan coli yang dipakai mereka dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Haneda.

Hiburan Tue, 6 Jan 2026

Fizikal Badan Jadi Perhatian, Remy Ishak Akui Kamal Adli Dah Berubah 

Remy turut memaklumkan dia dan aktor, Syafiq Kyle turut bersetuju bahawa Kamal telah berubah dan seolah-olah menjadi orang lain

error: Content is protected !!