Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 4, 2024 @ 1:23pm

Fazura Kembali Kongsi Kata-Kata Di IG – “Jangan Terlalu Lama Berada Ditempat Yang Bukan Milikmu” 

Pelakon jelita Nur Fazura kembali menyorot perhatian ramai selepas berkongsi quotes mengenai kehidupan di laman sosial miliknya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, pelakon filem popular Pisau Cukur itu dilihat berkongsi beberapa petikan Islamik berkenaan kehidupan dan ujian yang dilalui manusia

“Bukan kerana kita kuat dan kebal dilukai tapi kerana kita tahu siapa yang menguji,” kongsinya.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah, perkongsian quotes yang dilihat seakan memberi gambaran bahawa seseorang itu tidak perlu berada di  tempat yang sama di mana dia tidak diperlukan.

Sebelum ini,  pelantun lagu Sayangi Dirimu itu seringkali dilihat berkongsi beberapa quotes yang berkait rapat dengan apa yang berlaku di dalam kehidupan menerusi platform media sosialnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Lebih Setahun ‘Menyepi’ Di Platform X, Fazura Respons Status Individu Wanita Kesal Suami Curang

ARTIKEL BERKAITAN:“Demi Maruah Sebagai Wanita & Kesejahteraan Fatima” – Fazura Nekad Mahu Bercerai

ARTIKEL BERKAITAN:Krisis Rumah Tangga Cetus Spekulasi, Fazura Kekal Kunci Mulut – “Doakan! Berdiam Diri Lebih Baik”

Terdahulu, nama Fazura kekal menjadi topik perbualan hangat selepas dia memfailkan perceraian terhadap suaminya, Fattah Amin  pada 13 September lalu.

Bagaimanapun, keputusan mengenai kes cerai tersebut hanya akan diketahui pada 7 Oktober depan.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Sep 2018

Sembuhkan Rindu Taruhan Pertama Sekar Qaanita

Gadis kelahiran Jakarta ini juga bakal tampil dengan album mini tak lama lagi namun mengambil pendekatan dengan melancarkan lagu demi lagu dahulu.

Featured Tue, 31 Mar 2026

Ibu Aliff Aziz Didakwa Toksik, Ini Respons Space Dollah – “Saya Tak Kenal Ibu Dia, Tapi Family Kami Sayangkan Bella”

Syed Abdullah Syed Abdul Rahman tampil memberi respons susulan dakwaan segelintir warganet yang melabel ibu kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz sebagai ‘toksik’

Hiburan Fri, 23 Aug 2024

Dr Say Pernah Terima Gaji Puluhan Ribu Sebagai Content Creator – “Amaun Itu Saya Caj Untuk…”

Fuhhhh, tak heranlah kalau ramai yang nak jadi Content Creators sekarang kan. Tapi kena pastikan content korang bermanfaat

Hiburan Tue, 17 Jun 2025
Featured Thu, 21 Aug 2025
error: Content is protected !!