Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 9, 2024 @ 8:45pm

Pasangan Nadeera Dalam Lagu Cinta Kita 2, Khareez Kasbulah Nak Buat Comeback… Join Uji Bakat Calpis Soda One In A Million di Penang

Juara program Lagu Cinta Kita 2 (LCK2), Khareez Kasbulah berazam untuk melakukan ‘comeback’ dengan menyertai uji bakat Calpis Soda One In A Million (OIAM) di Pulau Pinang.

Tidak meletakkan gelaran juara sebagai sandaran, Khareez yang berpasangan dengan Nadeera dalam LCK2 berharap peluang di pentas besar seperti Calpis Soda OIAM akan menjadi batu loncatan untuk dirinya mengembangkan kerjaya.

“Sekiranya terpilih dalam Calpis Soda One In A Million kali ini, saya berhasrat untuk mempersembahkan lebih banyak variasi dalam persembahan.

“Saya mahu mencabar diri dengan menyahut cabaran yang lebih besar di pentas yang lebih berprestij, serta mahu terus mengasah bakat dan menonjolkan versatiliti sebagai artis solo,” katanya.

Datang ke uji bakat di Pulau Pinang, Khareez enggan mengambil sebarang risiko untuk menanti uji bakat di Kuala Lumpur minggu hadapan.

“Saya tak mahu ambil risiko untuk hadir di uji bakat di Kuala Lumpur, kerana bimbang jika ada halangan tak terduga pada minggu hadapan.

“Bila orang bercakap tentang Calpis Soda One In A Million (OIAM), biasanya mereka fokus pada hadiah utama RM1 juta, tapi saya melihatnya dengan perspektif yang berbeza.

“Hadiah itu memang rezeki, tapi tumpuan utama saya adalah untuk menyampaikan karya-karya saya kepada khalayak ramai. Saya berharap, dengan peluang ini, karier saya akan berkembang ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Mahu berjaya ke peringkat seterusnya, Khareez berharap dia dapat melayakkan diri menjadi finalis Calpis Soda OIAM dan merebut ganjaran RM1 juta.

Masih tidak terlambat bagi warga Sabah dan Pulang Pinang untuk mencuba nasib merebut hadiah RM1 juta Calpis Soda OIAM!

Cepat-cepat hadir ke uji bakat di Aras 5, Sabah International Convention Centre (SICC) dan Hotel Atrium, Sunshine Central Penang, Pulau Pinang dari jam 10 pagi hingga 10 malam, esok (10 November).

Tak berkesempatan? Hadir ke uji bakat Calpis Soda One In A Million yang ketiga di AEON Hall Aras 4, AEON Mall Shah Alam dan Blok D, Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya pada 16 dan 17 November 2024 (Sabtu dan Ahad), dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

OIAM membuka pintu kepada semua bakat Malaysia, Singapura, Brunei atau negara lain, yang berusia 15 tahun ke atas secara solo, duo atau berkumpulan.

Peserta berminat hanya perlu membawa minus one sendiri (MP3) lagu pilihan masing-masing selain gambar berukuran pasport dan 4R.

Namun jika tidak berkesempatan menyertai sesi uji bakat secara bersemuka, peserta berminat boleh menyertai uji bakat secara dalam talian bermula pada 1 hingga 17 November ini.

Peserta hanya perlu memuat naik video nyanyian mereka berdurasi seminit di TikTok dengan hashtag rasmi #CalpisOIAMTV3 dan #SegarRasaSodapSuara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 May 2018

Dikecam Lepas ‘Mengayat’ Syed Saddiq?

Perkenalan kami sebenarnya bermula apabila pengurus saya yang minat sangat dengan Syed Saddiq… Jangan salah sangka ok?

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Ini Pesanan Buat Semua Peminat Fattzura

Faz sempat berpesan, kepada sesiapa yang belum berkahwin, jangan risau kerana jodoh maut di tangan tuhan, doa yang baik-baik. Malah, rezeki pasangan ini semakin bertambah selepas berkahwin dan semoga hubungan yang dibina, kekal hingga ke syurga!

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Fri, 13 Apr 2018

Sajat Pun Buat ‘Tour’ Di Rumah Sendiri?

Dalam episod kali ini Sajat juga turut berjumpa kawan baiknya iaitu Dato Aliff Syukri untuk membincangkan tentang perniagaan mereka. Dah alang-alang berjumpa tu apalagi, Sajat sempat menari Panama Dance dengan abang terlajak laris kita ni tau! 

Events Sat, 24 Feb 2018

DFKL 2018 INI BAKAT YANG KAMI CARI!

Menurut pelakon dan pengarah terkenal yang juga merupakan Juri Kreatif pada siri jelajah DFKL2018 di Johor Bahru ini, Sheila Rusly atau lebih gemar dipanggil Sis, berharap mahu melihat peserta yang hadir untuk diujibakat datang dengan persiapan dan idea yang baru serta bernas

Featured Tue, 9 Nov 2021

Banduan “Diseksa” Dengan Dipaksa Mendengar Lagu ‘Baby Shark’ Berulang Kali

Tiga bekas banduan di Oklahoma, Amerika Syarikat memfailkan saman terhadap seorang polis bernama Tommie Johnson III dan tiga pegawai penjara kerana memaksa mereka mendengarkan lagu ‘Baby Shark’ berulang kali di dalam Penjara Daerah Oklahoma. Daniel […]

Hiburan Fri, 30 Aug 2019

国庆感受「冰」乐趣!全民同庆国庆及马来西亚日

为庆祝我国独立62周年,全球最大的连锁冰淇淋专卖店要让你在这两个月天天「揪团」吃冰淇淋!

error: Content is protected !!