Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 12, 2024 @ 3:25pm

Yusof Haslam Bersyukur Syamsul Dah Berubah, Makin Akrab Dengan Keluarga – “Dia Selalu Call, Minta Maaf Kalau Tak Dapat Balik”

Penerbit filem, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa syukur melihat perubahan sikap anaknya, pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof yang kini semakin rapat dan tidak menjauhkan diri daripada keluarga.

Memetik laporan Harian Metro, Yusof berkata Syamsul sering menghubunginya dan isteri,  Datin Patimah Ismail bertanya khabar dan memohon maaf setiap kali tidak dapat pulang ke rumah atas kesibukan bekerja.

“Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja. Saya dan isteri sangat bersyukur melihat perubahan sikap Syamsul yang sudah rapat dengan keluarga. Dia juga selalu hubungi ibunya untuk bertanya khabar dan isteri saya pun sangat gembira.

“Malah, bila dia (Syamsul) sibuk kerja dan tak dapat balik ke rumah, dia akan ‘call’ ibunya beritahu dan mohon maaf sebab tak balik. Dia juga kerap hantar mesej dan buat kiriman suara kepada ibunya. Jadi, antara kami memang selalu berhubung.

“Cuma sekarang setahu saya, Syamsul berada di Pahang untuk siapkan penggambaran filem baharunya, KhawariJ terbitan Astro Shaw. Dia memang tengah banyak kerja ketika ini untuk filem-filemnya,” katanya.

Sementara itu, Yusof berkata dia dan isteri enggan lagi mengenang peristiwa hitam lalu yang pernah terjadi sehingga mengeruhkan hubungan antara ibu bapa dan anak.

“Apatah lagi, pada usia saya dan isteri yang sudah warga emas ini, kami hanya mahu hubungan anak-beranak baik-baik saja. Kasih sayang anak-anak itu yang kami utamakan.

“Apa yang dah lepas itu, biarlah dan tak perlu terus dikenang lagi. Saya dan isteri akan mendoakan anak-anak, begitu juga buat Puteri Sarah Liyana yang kami tetap anggap sebagai anak menantu,” tambahnya lagi.

Pada 9 September lalu, Syamsul membuat ramai sebak apabila dia akhirnya pulang ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun tidak berjumpa dan terputus hubungan.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 Jul 2022

[VIDEO] Tampil Berhijab, Netizen Minta Isteri Caprice Berhenti Muat Naik Content Menari – “Tak Perlu Tayang Dah..”

Wahh, cantiknya isteri Caprice berhijab! Manis betul orangnya.. Semoga istiqomah

Featured Sun, 17 Mar 2024

“Past Is Past, Teruskan Hidup”- Oktovia Manrose Anggap Gosip Bercinta Dengan Aliff Aziz Memalukan?

Betullah tu.. nak kenang apanya? Masing-masing dah move on lagipun semuanya ada kehidupan sendiri🙄

Trending Sun, 14 Nov 2021

Buat Kejutan Umum Nikah Jumaat Depan, Gadis 19 Tahun Pilihan Haqiem Rusli

Penyanyi Haqiem Rusli membuat kejutan di pentas Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34) dengan mengumumkan tarikh dia menamatkan zaman bujang ketika berucap selepas kemenangannya menerusi kategori Penyanyi Lelaki Popular. Memilih gadis berusia 19 tahun, […]

Hiburan Mon, 19 Jan 2026

“Funny How Some People Judge Singing By Personal Life” – Nabila Razali

Nabila berkata nyanyian seharusnya dinilai menerusi vokal dan suara penyanyi tersebut, bukan kisah peribadi yang dilaluinya.

error: Content is protected !!