Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 20, 2024 @ 6:28pm

“Belajar Terima Teguran” – Fatin Afeefa Malu Dengar Kenyataan Aktor Baharu Terkilan Dibuli Pelakon Senior 

Sejak kebelakangan ini heboh di media sosial mengenai isu pelakon baharu yang didakwa telah dibuli oleh pelakon senior.

Susulan itu, ada segelintir golongan selebriti yang tampil bersuara mengenai isu tersebut termasuklah pelakon, Fatin Afeefa yang mengakui malu mendengar kenyataan aktor berkenaan.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), aktres filem popular Tentang Bulan ini menegur tindakan individu berkenaan yang didakwa menghafal skrip tanpa mendalami watak dengan betul.

“‘Bila rehearsal dialog lain, bila take tukar dialog lain. So, budak baru tak boleh jawab’. Itu buli? Skrip tu sekadar hafal tapi tak study skrip betul-betul, memang tak akan boleh nak jawab.

“Belajar terima teguran. Itu yang orang complain, berlakon kayu, keras sebab skrip sekadar baca. Produser tak bayar awak untuk bazirkan masa semua orang. Belajar, belajar, belajar. Duit nak, terkenal nak tapi belajar tak nak.

“Saya berlakon dari umur saya lapan tahun, macam-macam manusia saya dah jumpa. Saya dengar temu bual tu, saya yang malu. Apa bro?”,” katanya.

Sebelum ini, selebriti Intan Najuwa, Nadhir Nasar, Rita Rudaini, Lana Nodin dan pengarah, Ahmad Idham turut memberi pandangan peribadinya mengenai isu pelakon baharu dibuli.

Artikel Berkaitan: “Jangan Salahkan Orang Lain, Berlakon Bukan Untuk Populariti” – Intan Najuwa Tak Pernah Kena Buli Dengan Pelakon Senior

Artikel Berkaitan: “Kena Campak Skrip, Tengking Itu Bukan Buli” – Rita Rudaini Tampil Beri Respons Dakwaan Artis  Senior ‘Buli’ Pelakon Baharu

Artikel Berkaitan: “Sebab Kau, Pelakon Senior Ada Stereotaip Dengan Pelakon Baru” – Nadhir Nasar

Artikel Berkaitan: Menangis Ditegur Pelakon Senior, Aniq Durar Tak Anggap Ia Tindakan Buli – “Silap Saya Tak Memahami Watak”

Artikel Berkaitan: “Bukan Skrip Je Baling, Kerusi Pun Boleh Melayang!” – Lana Nodin Berang Pelakon Baharu Tak Bersedia Di Set Penggambaran

Artikel Berkaitan: “Awak Merepek Apa Ni Mat”- Ahmad Idham Tegur Pelakon Baru Dakwa Dibuli Artis Senior

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 21 Oct 2024
Featured Wed, 13 Mar 2024
Featured Mon, 27 Feb 2023
Events Thu, 21 Nov 2019

#xtraVlog: A Trip Up To Resorts World Genting For “Train To Busan” Horror House and The VOID’s “Avengers: Damage Control”

Watch us shot down zombies and screamed to the top of our lungs at Resorts World Genting #TheVOID #TrainToBusan

Events Sat, 12 Oct 2019

Selamat Bertunang, Zara Zya Dan Hafreez Adam Bakal Nikah Oktober 2020

Wah, kita doakan yang baik-baik buat pasangan dua sejoli ini okay!

FESYEN Tue, 8 May 2018

“Lucu Ada Yang Bercakap Saya Jadi Mangsa Fesyen”- Neelofa Perjelas Isu Baju Saiz Besar

Lofa menyifatkan bahawa beliau sudah lali dengan kritikan dan komen netizen. Baginya, dia cukup bangga kerana dipilih untuk menyarung persalinan berjenama mewah itu pada malam tersebut

Hiburan Thu, 13 Mar 2025

Anta Permana Jadi Pilihan Raja Charles III, Reaksi Pertama Siti Nurhaliza Ingat Kena Tipu 

Siti Nurhaliza ingat kena tipu ;agu Anta Pernama jadi pilihan Raja Charles III

Hiburan Wed, 12 Jul 2023
error: Content is protected !!