Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 4, 2024 @ 12:10am

Pecah Amanah, Vivy Yusof & Suami Didakwa Seleweng Dana RM43.9 Juta

Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis ini.

Menurut, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, pasangan suami isteri itu akan didakwa berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet, berjumlah RM43.9 juta.

Tambahnya, SPRM menahan pasangan berkenaan pada Selasa dan diberikan jaminan untuk hadir ke mahkamah, pada Khamis ini.

ARTIKEL BERKAITAN:SPRM Sita 11 Beg & Jam Tangan Mewah Milik Vivy Yusof, Fadza Bernilai RM200,000

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Kerugian Pelaburan Dana Awam, Vivy Yusof & Fadza Anuar Letak Jawatan Dalam FashionValet – “Kami Bertanggungjawab Atas Kegagalan Ini”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Biarkan Orang Kata Apa Yang Mereka Mahu, Just Be Careful Of The Fitnah You Spread” – Vivy Yusof

Pada 28 November lalu, kertas siasatan membabitkan kerugian pelaburan itu sudah dilengkapkan SPRM.

Susulan itu, kertas siasatan berkenaan sudah diserahkan kepada Bahagian Perundangan SPRM untuk kajian dan pertimbangan.

Terdahulu, SPRM mengesan terdapat beberapa transaksi mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan dalam syarikat e-dagang berkenaan.

Transaksi mencurigakan itu dikesan sejak tahun 2018 hingga tahun lalu.

SPRM dilaporkan turut merampas kira-kira 60 kotak mengandungi pelbagai dokumen daripada FashionValet, Khazanah dan PNB bagi membantu siasatan.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Jan 2023

[VIDEO] “Saya Terkejut, Bawa Bertenang Semua” – Zizan Razak Perjelas Foto Bersama Hawa Rizwana

Kalau betul pun apa salahnya kan? Nampak sama cantik sama padan Zizan dengan Hawa 🥰🤭🤪

Featured Mon, 10 Oct 2022
Hiburan Thu, 11 Jan 2018

Farid Kamil Sah Positif Ganja

Perkara tersebut telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din.

Hiburan Wed, 11 Jul 2018

Wow! Anak Vida Terima Kereta Mercedes Sempena Ulang Tahun Ke 13

Terdahulu, Cik B pernah menyatakan hasrat untuk memiliki sebuah kereta mewah jenama Mustang. Okay lah tu Cik B, Mercedes pun cun juga tu. Untungnya jadi Cik B! Hehe

Featured Mon, 3 Apr 2023
Eat Travel Wed, 3 Jul 2019

Burger Portugal keluaran McDonald’s amat serasi dengan cita rasa rakyat Malaysia

Seolah-olah ada persamaan di antara masakan di sana dan di sini.

Hiburan Tue, 19 Nov 2019

2020农历新年倒数派对!多位知名艺人山上陪你过大年

2020鼠年春晚众星云集云星剧场,带来乐趣和动感十足的跨年演出!

error: Content is protected !!