Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 5, 2024 @ 3:38pm

Diana Danielle Tak Letak Harapan Genggam Trofi Pelakon Wanita Terbaik

Pelakon berbakat Diana Danielle tidak meletakkan sebarang harapan untuk menerima trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33).

Tercalon menerusi filem Imaginur, Diana sudah cukup berpuas hati apabila lakonannya dihargai peminat.

“Sejujurnya, saya tidak meletakkan harapan untuk menang Pelakon Wanita Terbaik. Saya sangat bersyukur apabila filem Imaginur sudah menerima rezeki melimpah ruah sehingga mendapat 15 pencalonan. Penerimaan positif daripada penonton sudah cukup menggembirakan.

“Sekiranya saya diberika penghargaan seperti anugerah, itu adalah satu bonus. Niat saya tidak pernah mengharapkan sebarang penghargaan.

“Saya selalu percaya jika memberikan yang terbaik dalam lakonan, orang akan memberi pujian. Itu yang membuatkan saya bahagia,” katanya kepada XTRA.

Diana ditemui kepada usai majlis tayangan filem Imaginur dan apresiasi FFM 33 pada Selasa.

Malah, Diana mendedahkan dia berharap seorang figura lain menjulang trofi Pelakon Wanita Terbaik di FFM 33 pada malam anygeraj yang bakal berlangsung pada Sabtu.

“Top 5 semuanya bagus belaka, jadi persaingan sangat sengit. Menjadi finalis lima terbaik pun sudah cukup gembira tetapi kita semua tahu dalam senarai tersebut siapa yang lebih layak dijulang.

“Saya ada berharap seorang figura ini menang. Tapi saya tidak akan menyebut nama figura itu. Saya letak harapan agar beliau naik atas pentas dan terima trofi tersebut. Saya amat berbangga jika dia menang. Saya tahu usaha yang dia letakkan dalam lakonannya,” katanya yang pernah menjulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM 29 menerusi filem Hanyut.

Selain Diana, finalis lain yang bersaing dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik adalah Nadia Aqilah (EVA), Susan Lankester (Rain Town), Nabila Huda (Rahsia) dan Chen Keat Yoke (Hungry Ghost Diner).

Terdahulu, Imaginur tercalon dalam kategori Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Pelakon Wanita Harapan, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik, Poster Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

Filem arahan Nik Amir Mustapha itu juga mendapat pencalonan dalam kategori Skor Muzik Asal Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Penyunting Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Filem Terbaik.

FFM33 turut memperkenalkan 57 program sisipan interaktif dalam tiga teras utama, iaitu Film Bizz, Pembudayaan Sinema dan Peningkatan Profesionalisme.

Malam Anugerah FFM 33 bakal berlangsung pada 7 Disember ini pukul 9 malam di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media. Acara juga akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 (RTM).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 Mar 2018

Hubungan Dua Tahun Bermasalah? Intan Terkejut Kenyataan Ude

Sekiranya benar Ude tidak bahagia dengan saya, adakah selama ini dia sekadar berlakon?

Featured Wed, 22 Apr 2026

“Saya Masih Hormat Senior Saya Tu” – Liza Hanim Kesal Kemenangan Anak Jadi Bahan Sindiran

Liza Hanim kesal apabila kemenangan anaknya, Marsya Qistina menerusi program hiburan realiti baru-baru ini kembali menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Hiburan Sun, 8 Aug 2021

Shuib Gagal Tahan Air Mata, Oksigen Siti Sarah Tinggal 40%

Pelawak dan usahawan Shuib memaklumkan tahap oksigen isterinya, penyanyi Siti Sarah Raissuddin kini menurun kepada 40 peratus. Sarah kini masih berada di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur. “Saya baru […]

Hiburan Sun, 4 Jun 2023
Hiburan Tue, 27 Mar 2018

Kejutan Pereka Popular Buat Siti Aafiyah

Bukan hanya persalinan rona hijau muda yang disarung Siti mendapat pujian malah gaun hijau yang dipakai oleh anaknya, Siti Aafiyah Khalid tidak kurang hebatnya. Sedondon ibu dan anak, comel sekali!

Featured Thu, 13 Nov 2025
error: Content is protected !!