Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 10, 2024 @ 1:30am

Kena Benam Dalam Kolam, Sophia Albarakbah Mengaku Tak Pandai Berenang

Pelakon cantik, Sophia Albarakbah berkongsi babak paling mencabar yang dijayakan dalam drama bersiri Marina.

Naskhah 30 episod yang bersiaran secara eksklusif di Tonton itu menggandingkan Sophia bersama Datuk Remy Ishak, Hisyam Hamid, Muhsin Nadzli, Haneesya Hanee, Shaza Bae dan ramai lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

“Babak paling mencabar untuk saya jayakan adalah ketika saya dibenamkan dalam kolam. Saya tak pandai berenang.

“Agak takut untuk menjayakan babak itu. Tapi, saya tak boleh bagi tahu watak mana yang benamkan saya. Untuk tahu siapa yang benamkan saya, kenalah tonton Marina,” katanya.

Dalam pada itu, Sophia juga berharap drama bersiri ini dapat mengikat hati penonton.

Marina ialah watak yang sangat kompleks. Dia bermula dengan impian untuk hidup lebih baik, tetapi akhirnya terjebak dalam permainan emosi yang tidak dijangka.

“Perjalanannya dalam mencari kebahagiaan sejati ialah sesuatu yang saya harap penonton akan dapat rasakan.

Drama ini menggabungkan elemen kekeluargaan dan percintaan yang penuh dengan liku-liku emosi, pastinya akan mengikat perhatian penonton dari awal hingga akhir,” katanya lagi.

Sinopsis Marina

Karya ini membawa penonton menyusuri perjalanan kehidupan Marina, seorang wanita muda yang bercita-cita untuk hidup mewah selepas kematian kakaknya. Marina terjebak dalam hubungan yang rumit dan berbahaya. Namun, akhirnya hubungan itu membawa dia bertemu dengan lelaki yang patah hati yang mungkin menjadi kunci kepada kebahagiaannya.

Dengan gabungan barisan pelakon hebat seperti Sophia Albarakbah, Datuk Remy Ishak, Hisyam Hamid, Muhsin Nadzli, Haneesya Hanee, Shaza Bae dan ramai lagi, drama bersiri 30 episod terbitan Creative Skill Solution yang diarahkan oleh Along Kamaludin ini akan mengisi malam anda dengan pelbagai perasaan – cinta, pengkhianatan, dan harapan yang tidak pasti, bersiaran mulai 25 November 2024, setiap Isnin hingga Khamis.

Marina mengisahkan seorang wanita muda Marina (lakonan Sophia Albarakbah) yang bertekad mengubah nasibnya selepas kematian kakaknya dengan berpindah ke Kuala Lumpur untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Di sana, dia bertemu dengan Datuk Fahad (lakonan Hisyam Hamid), seorang ahli kelab eksklusif yang kaya dan disegani, Marina menganggap beliau sebagai jalan keluar daripada kemiskinannya. Namun, cinta sejati mula tumbuh dalam dirinya apabila dia berkenalan dengan Haqiem (lakonan Datuk Remy Ishak), lelaki yang patah hati selepas ditinggalkan oleh tunangnya. Dalam dilema antara kekayaan dan cinta, Marina terpaksa membuat keputusan yang bakal menentukan nasib hidupnya.

Konflik keluarga

Menariknya, drama ini turut menyelitkan konflik keluarga yang mendalam seperti Haqiem, anak sulung keluarga kaya, terperangkap antara tanggungjawab terhadap perniagaan keluarga dan percintaan bersama Marina. Di sebalik wajah karisma Datuk Fahad yang kelihatan sempurna, tersembunyi sisi gelapnya yang melibatkan kegiatan haram dan konspirasi. Marina pula, yang mengimpikan kehidupan mewah, terpaksa berhadapan dengan ujian dan pengkhianatan yang lebih besar daripada perkara yang disangkakannya.

Mampukah Marina menemukan kebahagiaan sejati di tengah-tengah dugaan hidupnya? Bagaimanakah pula nasib Haqiem dan hubungannya dengan Marina yang diuji dengan pelbagai dugaan yang terus melanda mereka? Saksikan Marina, drama penuh emosi yang akan membuka mata anda tentang erti sebenar cinta, keluarga, dan pengorbanan, mulai 25 November 2024, eksklusif di Tonton. Strim episod baharu melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 11 Apr 2025

[VIDEO] “Kalau Ayah Saya Masih Hidup, Takkan Jadi Begini” – Isteri Azlan Komeng Luah Rasa Pilu

Isteri Azlan Komeng kenang arwah bapa akan lindungi dari berlaku konflik rumah tangga

familuv Sun, 12 Jun 2022

“Papa Tak Menangis, Tapi Ngilu…” – Putera Sulung Selamat Disunatkan, Mira Filzah Menangis

Alhamdullilah, putera sulung kepada Mira Filzah dan Wan Emir sudah selamat disunatkan.

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Tahniah! Hadiah Hari Jadi Paling Indah, Rossa Dikurnia Gelaran Datuk Seri

Lima tahun yang lalu saya dianugerahkan gelaran Dato, hari ini saya dianugerahkan darjah kebesaran negeri Pahang sebagai Datuk Seri…

Hiburan Tue, 17 Sep 2019

Sekitar Majlis Aqiqah anakanda Che Puan Juliana Evans

Che Puan Juliana Evans makin anggun selepas bergelar ibu…

Featured Mon, 31 Oct 2022

[VIDEO] “Ni Baru Betul! Aku Tak Suka Aku Akan Block,” – Tukar Lirik, Netizen Terhibur Lagu ‘Swipe’ Versi Sajat

Sajat ni kan 🤣🤣🤣 ‘Aku ada type, kalau aku tak suka, aku tak suka aku akan block… block. Anjingg block’ 🤣🤣🤣 Terhibur min 🤣🤣

Hiburan Tue, 6 May 2025
Filem Mon, 8 Jun 2026

“Orang Nampak Anak Seni Ini Glamor, Tapi…” – Scha Alyahya

Kadang-kadang bukan sahaja melibatkan diri sendiri, malah keluarga juga terkena tempias daripada persepsi atau pandangan orang ramai. – Scha Alyahya.

Trending Wed, 18 Dec 2019

Diejek ‘Lady Boy’, Remaja Didakwa Tembak Mati Rakan

berhentilah sikap ejek mengejek yang boleh mengakibatkan kematian

error: Content is protected !!