Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin July 17, 2018 @ 4:38am

Kontroversi Melibatkan Hubungan Lesbian, Reen Rahim Akui Sedang Hangat Bercinta

Selepas dikecam kerana memakai baju terlalu seksi ketika percutiannya, kali ini Reen Rahim dikaitkan pula dengan hubungan sejenis. Dan, bagi menjelaskan segala tuduhan tersebut, Reen mengakui dirinya itu sedang hangat bercinta bersama seorang jejaka yang hanya ingin dikenali sebagai Mr. AR. 

Tambahnya lagi, hubungannya bersama jejaka tersebut sudah berusia lebih setahun dan turut diterima baik oleh keluarga masing-masing.

“Sebelum ini ramai kata saya lesbian kerana mempunyai ramai kawan wanita ataupun rapat dengan sesama jenis. Jadi saya mahu jelaskan bahawa ia tidak betul. Saya sedang menjalinkan hubungan cinta bersama seorang individu bernama Mr. AR” Katanya

Reen Rahim yang terkenal menerusi drama yang disiarkan di TV3 , Sayangku Kapten Mukhriz ini juga turut memberitahuhubungan mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. 

“Kami dalam proses mengenali hati budi antara satu sama lain, telah berjumpa dengan keluarga masing-masing. Dan setakat ini, kami masih belum mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa yang terdekat memandangkan usia perkenalan kami baru menginjak setahun.” Jelasnya

So, buat netizen diluar sana jangan suka buat tuduhan melulu tanpa usul periksa ye. Elok je orang tu tengah bahagia tau!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Dec 2021

Lagu Cinta Kita 3: Tiada Penyingkaran, Ada Kena Prank Tukar Pasangan… Couple Mana Yang Diserap Masuk? Jom Recap Episod 6!

Episod keenam Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang bertemakan cinta 90-an berlangsung pada malam tadi. Episod itu telah menyaksikan persaingan antara empat pasangan iaitu Syafeek & Zazo, Hariz & Wanie, Malhamka & Yuveena serta Pasya […]

Trending Thu, 2 Jul 2020
Hiburan Sun, 19 Sep 2021

“Ingatkan Keluar Lagu Baru, Rupanya…” – Didakwa Scam Peminat, Ini Penjelasan Aina Abdul

Penyanyi Aina Abdul tampil dengan single terbaharu yang diberi judul Aina Abdul. Menariknya, Aina Abdul merupakan gabungan tiga lagu balada popular Aina iaitu Sumpah, Semalam dan Sepi. “Tiga lagu ini digabungkan kerana emosinya yang saling […]

Featured Wed, 8 Nov 2023

Warganet Puji Kecantikan Tapi Dakwa Isteri Haqiem Rusli Buat Content Macam ‘Rempit’

Betul jugak apa netizen kata tu. Jadikan iktibar!❤️

Featured Mon, 10 Nov 2025

“Saya Tak Dengar Awak Minta Maaf Lepas Maki Ibu Dia” – PA Dr. Fie Bersuara! Perjelas Situasi Sebenar Isu Babitkan Orang Ketiga

pembantu peribadinya tampil membuka mulut dan mendedahkan situasi sebenar di sebalik kontroversi yang berlaku.

Featured Wed, 5 Oct 2022

“Setengah Orang Iri Hati & Cuba Jatuhkan…” – Penat Dikecam, Anna Jobling & Meerqeen Pilih Privasi

Anna bersyukur ada fans yang sangat supportive menyokong #Meerna dari belakang! Apapun kita kena hormat permintaan aktres jelita ni okay 🥰🥰

error: Content is protected !!