Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 17, 2024 @ 11:55am

Che Ta Nafi Rumah Disita, Tunggu Masa Sesuai ‘Buka Mulut’ – “Sekarang Tinggal Kat Rumah Lah, Takkan Atas Pokok Pula”

Pelakon dan usahawan popular, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta berjanji akan menjelaskan isu berkenaan hutang pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) bernilai RM1 juta seperti yang tular baru-baru ini.

Katanya, apa yang dilaporkan media mengenai dirinya berkaitan isu tersebut adalah tidak benar sekaligus menunggu masa yang sesuai untuk membuka mulut.

“Kalau mahu sebar aib tidak apa, cuma jangan tabur fitnah sahaja.

“Laporan yang tular ada yang betul, ada yang tidak. Saya tunggu masa sesuai untuk bersuara. Tunggulah kenyataan saya.

“Tidak apa, sabar. Biar orang buat pahala untuk kita dulu,”ulasnya.

Perkara itu dikongsi Che Ta menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Che Ta juga menolak dakwaan kononnya kediaman miliknya telah disita memandangkan dia kini masih tinggal dirumah berkenaan.

“Sebab tu semua berita yang keluar dekat media tak boleh percaya pun. Jangan risau, saya okey je.

“Sekarang tinggal dekat rumah lah, dekat mana lagi? Tak kan atas pokok pula.

“Semua komen tak betul, rumah saya tak kena sita pun. Kalau rumah kena sita, saya tak tidur di rumah, tidur atas pokok,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Barang Peribadi Che Ta Bernilai Hampir RM100,000 Disita… Pengurus Bakal Keluar Kenyataan Rasmi Tak Lama Lagi!

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Gagal Langsai Hutang MARA Hampir RM1 Juta, Che Ta Sempat ‘Wish’ Hari Lahir Anak Di IG

ARTIKEL BERKAITAN:Rumah Diserbu Pihak MARA, Che Ta Didakwa Gagal Bayar Hutang Mara Hampir RM1 Juta

Sebelum ini, usahawan Anas Azrin  yang juga merupakan sahabat Che Ta dilaporkan telah melunaskan hutang aktres berkenaan sebanyak RM7,000 kepada kontraktor rumput tiruan yang dikenali sebagai Bani Rahman.

Dan, pada 13 Disember lalu, Che Ta dan anak sulungnya, Ammar Effendy, 28, dilaporkan bakal disytihar muflis oleh pihak MARA selepas gagal melunaskan hutang pinjamannya dalam tempoh tujuh tahun.

ARTIKEL BERKAITAN:Kontraktor Rumput Tiruan Padam Hantaran Tular Berkaitan Che Ta Selepas Hutang Dilunaskan – “Anas Zahrin Bayarkan”

ARTIKEL BERKAITAN:Che Ta & Anak Sulung Bakal Diisytihar Muflis Oleh MARA

ARTIKEL BERKAITAN:Video Promosi Lama Tular Semula, Warganet Dakwa Che Ta ‘Print’ RM100 Guna Kertas Putih Nak Tunjuk Duit Berkepuk?

ARTIKEL BERKAITAN:“Tulislah Apa Nak Tulis Selagi Tak Jatuh Fitnah”- Che Ta

 

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

旦增尼玛夺总冠军!李健成新科冠军导师

经过导师帮唱及个人独唱的激烈争夺,李健战队的旦增尼玛战胜哈林战队的黎真吾,脱颖而出夺得2018《中国好声音》的年度总冠军,李健成为本季「好声音」冠军导师。

Hiburan Fri, 29 Mar 2024
Hiburan Sat, 10 Aug 2024
Hiburan Sun, 9 Dec 2018

Betul Ke Pasya Dan Zaim ‘Anak Emas’ Mentor 7?

Betul lah, min rasa pun pasya dan zaim asyik dapat lagu yang sesuai dengan vokal diorang je kan?

Hiburan Tue, 4 Jun 2019
Hiburan Thu, 20 Jun 2019

‘Wanita Tipu Isteri Itu Bukan Skandal Saya’- Fauzi Nawawi

Menerusi ruangan komen, dapat dilihat ramai yang menganggap perkongsian yang dibuat oleh isteri kerana skandal saya dan sebagainya gara-gara kontroversi sebelum ini.

Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Fendy Bakri Akui Dah Pulih Tapi…

pakar perubatan alternatif menasihatkan saya agar selalu mengamalkan bacaan suci Al-Quran sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak kesakitan berulang.

Featured Wed, 2 May 2018

Kakinya Ada Insuran Okay? Itu Antara 5 Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Rihanna

Ada beberapa perkara yang anda tidak tahu tentang Rihanna juga penerima Anugerah Grammy ini dan 5 fakta itu sangat menarik!

error: Content is protected !!