Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 17, 2024 @ 11:51am

[VIDEO] Syasya Rizal Belanja Nyanyi Lagu Siti Nurhaliza, Peminat Terubat Rindu – “Tolong ‘Comeback’ Dengan Lagu Solo”

Bekas anggota kumpulan Dolla, penyanyi Syasya Rizal tampil menyanyikan lagu Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Aku Cinta Padamu versi dangdut yang kembali ‘trending’ di media sosial.

Menerusi video pendek di akaun TikTok miliknya, Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23, berkata sejak berbadan dua dia kadang kala terlupa bahawasanya pernah aktif menyanyi dahulu.

“Sejak pregnant ni, sometimes I forgot that I used to sing all the time. Sekarang dah mengah,” katanya di kapsyen.

@syasya.rzl

Sejak pregnant ni, sometimes I forgot that I used to sing all the time bahaha sekarang dah mengah 😭

♬ original sound – Sya2 – Sya2

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminatnya meluahkan rasa teruja apabila akhirnya dapat mendengar kembali Syasya menyanyi.

Malah, ada juga segelintir netizen yang meminta agar Syasya kembali aktif menyanyi, meskipun solo.

“Lepas beranak nanti comeback lagu solo,” kata netizen.

“Rindu sangat nak dengar suara Syasya,” tulis netizen lain.

“Mengah mengah pun suara macam puteri gunung ledang, sedap… Rindunya nak dengar,” kata netizen.

Pada April lalu, Syasya mengumumkan dia telah menarik diri dari Dilla atas sebab peribadi.

Susulan itu, Syasya mengejutkan ramai apabila dia memuat naik foto majlis pernikahan bersama pilihan hati pada 20 April lalu dan kini sedang menanti kehadiran anak sulung selepas memaklumkan berbadan dua pada September lalu.

Artikel Berkaitan:  Syasya Akhirnya Tampil Bersuara Mengenai Keputusan Keluar Dolla

Artikel Berkaitan: Pernah Kemalangan Ketika Menaiki Motor, Syasya Rizal Kongsi Keajaiban Baca Doa Sebelum Keluar Rumah – “Masa Tu Saya Fikir Pasal Kandungan Saja” 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 31 Jul 2019
Featured Tue, 7 Feb 2023
Hiburan Mon, 18 May 2026

Penangan Hafidz Roshdi? ‘Cinta Kedua’ Meledak Dengan Lonjakan Penstriman Lebih 40%, Saksikan Di Tonton Sekarang!

Cinta Kedua yang bersiaran di Tonton terus mencetus fenomena apabila mencatat peningkatan lebih 40 peratus dari segi jumlah penstriman.

Hiburan Tue, 13 Aug 2019

Al-Fatihah…Tiada Lagi Adik Ikhwan

Al-Fatihah…Dari dia kita datang, kepada dia kita kembali.

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

Michelle Yeoh: Looking Rich and NOT Crazy With Signature Emerald Ring

Michelle Yeoh wore the gorgeous ring from Crazy Rich Asians to the 2019 Golden Globes!

error: Content is protected !!