Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 24, 2024 @ 10:12am

CSOIAM: Trending No 1 Di Aplikasi X, Hashtag #OIAM Terus Kuasai Media Sosial & Layar Kaca

Hashtag #OIAM melakar kejayaan luar biasa apabila menduduki tangga trending nombor satu di platform X dengan lebih 700 juta capaian di media sosial. Kejayaan ini mengukuhkan kedudukan Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) bukan hanya sebagai rancangan realiti popular, tetapi juga sebagai fenomena yang menyatukan peminat muzik tanah air.

Kemunculan bekas juara One In A Million dari musim-musim terdahulu, kumpulan legenda KRU, serta 20 peserta berbakat menjadikan malam pembukaan Ahad lalu sebagai acara luar biasa yang melebihi jangkaan ramai.

CSOIAM terus membuktikan daya tarikannya dengan anggaran tontonan yang tinggi di pelbagai platform, membolehkan program ini menjangkau penonton yang lebih meluas.

Pada episod pertama yang disiarkan secara langsung dari Studio TV3 Glenmarie, Zazzleen memukau penonton dengan persembahan bertenaga lagu I’m Outta Love. Sementara itu, Kai Deva dinobatkan sebagai Peserta Paling ‘FIZZ’ dan dijadualkan berduet dengan Datuk Nash minggu depan.

Namun, episod pembukaan ini juga menyaksikan penyingkiran enam peserta daripada 20 yang bertanding. Esther, Boisover, Iqmal Romi, Yusriansyah, Bfore3, dan Jill Gaisah terpaksa mengakhiri perjuangan mereka. Ini bermakna hanya 14 peserta akan meneruskan cabaran dalam tujuh minggu mendatang selepas dinilai oleh juri tetap, Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain, dan Cakra Khan.

Peserta yang berjaya mara termasuk Jimi, Rezza Shah, Dayangku Iffah, Dhania, Zazzleen, Eylia Guntabid, Hafiz Zainal, Aniq Iffat, Mariam, Kai Deva, Alya Mardien, Erfarina, Trio XL, dan Marygrace.

Penilaian peserta dibuat berdasarkan 60 peratus markah juri tetap, manakala baki 40 peratus pula melalui undian penonton. Undian akan dibuka bermula episod kedua hingga episod kelapan. Penonton boleh mengundi menggunakan kod khas yang diumumkan semasa siaran.

Jangan lupa saksikan Calpis Soda One in A Million secara eksklusif di TV3, jam 9.00 malam setiap Ahad, atau strim secara HD di Tonton melalui laman sesawang rasmi di http://tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3.

Sumber: Buletin TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 Nov 2023

Isu Boikot, Fasha Sandha Selesa Tak Beri Komen Lanjut – “Terus Doakan Mereka”

Fasha mohon orang ramai tak henti titip doa untuk mereka di Palestin.

Featured Mon, 6 Oct 2025

Isu Fitnah & Buli Siber, Aaron Aziz Ambil Tindakan Undang-Undang – “Permudahkan Urusan Kami”

Datuk Aaron Aziz akhirnya mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa terlibat dalam perbuatan buli siber serta penyebaran fitnah membabitkan dirinya dan keluarga baru-baru ini.

Featured Sat, 27 Jul 2024
Hiburan Tue, 18 Dec 2018
Hiburan Wed, 21 May 2025

Marygrace Jadi Ikon Sabah, Gegar Marygrace Jadi Ikon Utama Wakil Sabah Dalam Kempen Gawai & Kaamatan

Marygrace muncul dengan lagu rasmi ‘Happy Gawai Kaamatan’, sebuah karya menyatukan budaya

Trending Mon, 25 Jan 2021

Shuk Sahar Sah Digantung Dari Hot FM

Siasatan masih dijalankan…

Featured Fri, 23 Aug 2024

“Ibu Rela Berkorban Untuk Anak-Anak Walau Terpaksa Lalui Jalan Berduri” – Patimah Ismail

Sebaknya! Yang mana masih ada mak… tak kisahlah ibu tunggal atau tak, tolonglah jangan abaikan mereka! Setiap saat tu sangat berharga😭❤️

error: Content is protected !!