Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 2, 2025 @ 1:07pm

Peguam Perjelas PU Azman Tetap Jalani Hukuman Penjara Serentak Selama 24 Tahun

Susulan timbul kekeliruan membabitkan hukuman yang diterima pendakwah bebas, PU Azman berkenaan kes amang seksual yang dilakukannya sebelum ini,  peguam Fahmi Adilah akhirnya tampil menjelaskan mengenai isu terbabit.

Kata Fahmi selaku peguam yang mewakili Azman memaklumkan, selepas mengaku bersalah pada 17 Disember lalu, pendakwah itu juga terbabit dengan beberapa lagi pertuduhan membabitkan kes serupa.

Justeru, Azman akan menjalani hukuman secara serentak iaitu penjara selama 24 tahun manakal hukuman sebatan akan dilakukan secara berasingan.

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Amang S*ksual, PU Azman Mengaku Bersalah… Terima Hukuman Penjara 7 Tahun & 2 Sebatan

ARTIKEL BERKAITAN:PU Azman Akhirnya Mengaku Bersalah Sentuh K*mal*an Pelajar, Hukuman Penjara Ditambah

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Lakukan Amang S*ksual, Permohonan PU Azman Ditolak… Mengaku Sudah Hafal Satu Juzuk Al-Quran Dalam Penjara

Berdasarkan kepada empat kes yang telah dijatuhi hukuman, personaliti itu bakal menerima lima kali sebatan atas kesalahannya.

“Setakat ini hukuman penjara (dikenakan terhadapnya) 24 tahun, yang lain-lain seperti 14 bulan serta tujuh dan enam tahun itu berjalan serentak dan ia bukan secara berasingan.

“Sebatan pula ketika ini lima sebatan,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Fahmi memberitahu pihaknya akan membuat rayuan terhadap hukuman 24 tahun penjara yang dijatuhi terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Klang pada 27 September lalu.

Jelas Fahmi, Azman juga tenang menerima keputusan terhadap kesemua hukuman yang dijatuhi mahkamah terhadapnya.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen akhirnya menjatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun dan dua sebatan kepada pendakwah selebriti, PU Azman selepas empat pertuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki bawah umur, dua tahun lalu.

Menurut Hakim Datuk Surita Budin, PU Azman atau nama penuhnya, Azman Syah Alias, 43, turut diperintahkan menjalani kaunseling pemulihan selama dua tahun dan pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman.

Terdahulu, pada 27 September lalu, PU Azman dijatuhi hukuman penjara selama 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang, Selangor selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, dua tahun lalu.

Azman juga dituduh di Mahkamah Sesyen Seremban pada 12 Oktober 2022 atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai 2022.

ARTIKEL BERKAITAN:Bersalah Lakukan Amang S*ksual Fizikal Terhadap Remaja Lelaki, PU Azman Dipenjara 24 Tahun & Dua Sebatan

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Amang Seksual: PU Azman Diarah Bela Diri

ARTIKEL BERKAITAN:Atas Faktor Masa & Wang, Ahli Keluarga Mangsa Amang Seksual PU Azman Dedah Tarik Balik Laporan?

ARTIKEL BERKAITAN:Firdaus Wong Muncul Jadi Saksi Ke -10, Dedah Berlaku Perbuatan Liwat Antara PU Azman Dengan Dua Remaja Lelaki

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Oct 2021

Kerana Cinta, Puteri Jepun Lepaskan Takhta Gelaran Kahwini Rakyat Biasa

Kerabat diraja Jepun, Puteri Mako akhirnya berkahwin dengan kekasihnya sejak dari zaman remaja, Kei Komuro sekaligus melepaskan gelarannya. Kedua-duanya yang berumur 30 tahun memilih untuk tidak mengadakan majlis perkahwinan tradisional diraja malah menolak wang 1.3 […]

Trending Fri, 4 Mar 2022
Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Hiburan Wed, 20 Sep 2023
Events Wed, 12 Sep 2018
Featured Tue, 7 Feb 2023
Featured Tue, 2 Aug 2022
Hiburan Wed, 6 May 2026

Berjuang Selama Tiga Tahun, Fatin Afeefa Luah Rasa Syukur Tuntutan Nafkah Bulanan Anak Dinaikkan

Fatin Afeefa meluahkan rasa lega dan syukur apabila kes tuntutan nafkah bulanan membabitkan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia terhadap bekas suaminya, aktor, Adam Shahz dapat dinaikkan

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

狄妃「活着进棺材」探索生命的意义

配合马来西亚首个生死特展的系列活动「活着进棺材」日前邀来狄妃参与!躺过棺材的她,坦言曾因「等」的恶习错过了一些事,造成终身遗憾。

error: Content is protected !!