Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 4, 2025 @ 1:29pm

Saling Mengenal Hati Budi & Serasi, Jejaka Dikenali Sebagai Mr E Mengaku Kini Rapat Dengan Erra Fazira

Baru-baru ini, perkongsian penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira yang menitipkan ucapan mesra sempena ulang tahun kepada seorang jejaka meraih tumpuan ramai.

Susulan itu, memetik laporan Berita Harian individu tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Mr. E’ mengesahkan dia adalah jejaka tersebut.

Malah, Mr. E turut mengakui mereka sedang dalam fasa mengenali hati budi masing-masing, namun jejaka yang merupakan seorang ahli perniagaan ini bagaimanapun menjelaskan hubungan mereka buat masa sekarang hanya sekadar berkawan baik.

“Ya, kami sedang berkawan baik. Cuma, saya tidak mahu ulas panjang mengenainya memandangkan saya bukanlah individu yang terbabit dalam dunia seni seperti Erra.

“Jadi, saya lebih senang mengambil pendekatan ‘low-key- memandangkan kami hanya berkawan baik dan tidak lebih daripada itu.

“Memang saya dan Erra sudah kenal lama, cuma kami baru sahaja rapat. Saya pun terkejut dengan berita berkaitan keluar sebab pada masa sekarang, kami hanya berkawna.

“Saya harap perkara ini tidak memberikan tekanan kepada Erra mahupun saya sendiri. Apapun, saya ucapkan terima kasih atas doa yang baik-baik,” katanya.

Dalam pada itu, Mr. E tidak menafikan bahawa Erra adalah seorang wanita yang sangat matang, selain mengakui mereka serasi.

“Sudah tentu saya senang dengan sikapnya sebagai wanita profesional, matang dan boleh dibawa bincang mengenai apa sahaja perkara. Jadi, keakraban wujud atas dasar keserasian.

“Malah, personaliti baiknya itu membuatkan kami terbuka untuk saling berkawan. Tak lebih daripada itu,” ujarnya.

Sementara itu, memetik laporan Berita Harian, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 51, mengakui dia dan jejaka dalam Instagram Story (IGs) sedang dalam fasa berkenalan.

Bagaimanapun, pelantun lagu Pasrah ini enggan mengulas lebih lanjut kerana bimbang sekiranya pisang berbuah dua kali.

Sebelum ini, menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) pelantun lagu Pasrah ini mencuri perhatian ramai yang telah mencetuskan spekulasi mengatakan Erra sudah menemui pengganti.

Erra memuat naik foto yang tidak jelas bersama seorang jejaka yang tidak didedahkan identitinya, selain turut menyifatkan individu itu sebagai lelaki yang mendamaikan.

Artikel Berkaitan: Erra Fazira Beri ‘Hint’ Dah Temui Teman Pengganti? Pengurus Mohon Tunggu Berita Gembira

Artikel Berkaitan: Didakwa Dah Temui ‘Pengganti’, Ini Respons Erra Fazira – “Berilah Peluang, Kami Baru Nak Kenal…”

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 Nov 2021

Netizen Terhibur Dengan Gelagat Pekerja ‘Offshore’ Yang Terkejut Dengan Kehadiran Ular Di Pelantar Minyak

Bekerja di pelantar minyak mempunyai cabaran yang lebih berat, iaitu terdedah kepada kemalangan yang boleh membawa maut. Malah, keadaan di pelantar minyak itu sendiri terdedah kepada bahaya yang perlu dihadapi oleh pekerja pelantar setiap hari. […]

Hiburan Sun, 4 Feb 2024

“Nak Cari Bukti Tak Ada Siapa Layan” – Awal Ashaari Menangis Terkenang Cincin Kahwin Kena Curi Di Milan

Allahu malang tak berbau, dah takde rezeki 😔 Semoga beri pengajaran buat kita semua!

Featured Sat, 31 Dec 2022

Bantu Mangsa Banjir Rantau Panjang, Warganet Beri Penghargaan Kepada Khairul Aming & Pasukan – “Terima Kasih Sebab Prihatin…”

Umum mengetahui, baru-baru ini beberapa negeri telah dilanda banjir teruk sehingga menyebabkan ramai mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS). Tampil menghulurkan bantuan, pempengaruh Khairul Aming dan team Sambal Nyet turun ke Rantau Panjang, Kelantan […]

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

旦增尼玛夺总冠军!李健成新科冠军导师

经过导师帮唱及个人独唱的激烈争夺,李健战队的旦增尼玛战胜哈林战队的黎真吾,脱颖而出夺得2018《中国好声音》的年度总冠军,李健成为本季「好声音」冠军导师。

Trending Sun, 7 Jun 2020
Hiburan Mon, 6 Aug 2018

霍别三年Kenny G 1111重返云顶开演奏会

国际萨克斯风演奏家肯尼·基(Kenny G)霍别大马舞台三年,即将于11月11日,晚上8点30分,率领专属团队重返云顶云星剧场开办个人演奏会!

error: Content is protected !!