Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 6, 2025 @ 4:02pm

Pernah Berdepan Individu Mengata Belakang, Mimi Fly Dedah Makna Disebalik Lagu Angkat – “Ada Yang Cuba Rosakkan Reputasi Saya”

Penyanyi, Mimi Fly mendedahkan single baharu berjudul Angkat terhasil daripada kisah pengalaman pahitnya yang terpaksa berhadapan dengan individu ‘toksik’ sehingga berniat untuk menjatuhkannya.

“Idea untuk lagu ini datang secara bersahaha, memang ditulis daripada pengalaman sendiri.. saya pernah berurusan dengan orang yang kuat mengata dibelakang.

“Malah, ada yang cuba merosakkan karakter dan reputasi saya. Single Angkat menggambarkan perasaan saya yang tak mahu lagi berurusan dengan orang sebegitu,” katanya.

Sementara itu, bekas anggota kumpulan One Nation Emcees ini turut mengangkatkan elemen klasik Melayu seperti songket dan batik, selain mengetengahkan bahasa isyarat dalam muzik video lagu tersebut.

Jelas Mimi, keputusannya mengetengahkan bahasa isyarat dalam muzik video lagu Angkat adalah untuk mendekati golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Semua orang tahu saya ada anak OKU. Saya sering rasa sebagai artis, ada sekelompok yang tak dapat memahami apa yang dipersembahkan kerana kekurangan saya.

“Jadi, saya mahu mendekati mereka agar merasa lebih dekat dengan saya,” katanya.

Sebelum ini, single baharu Mimi berjudul Angkat meraih pujian ramai yang menggunakan bahasa isyarat dalam muzik video sekali gus dianggap sebagai bertaraf antarabangsa.

Artikel Berkaitan: Angkat ‘Silent Language’ Dalam Muzik Video, Mimi Fly Raih Pujian – “Ikonik! Ni Memang Bertaraf Antarabangsa”

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Jul 2024

Rita Rudaini Mohon Terbit Podcast Berilmu, Penggunaan Bahasa Kasar & Isu Sensitif Bukan Perkara Remeh – “Biar Santai Tapi Bagi Impak Positif”

Min Setuju 💯. Biarlah podcast yang diterbitkan tu memberi banyak input untuk penonton. Beru cenggini👍👍👍

Hiburan Mon, 8 Jul 2019

Dayang Sayang Peminat

Wah, hebat sungguh Dayang!

Hiburan Thu, 17 May 2018

Lee Seo Won Sexually Harasses Female Celebrity With a Weapon!

He even threatened the police when being reprimanded.

Featured Tue, 16 Aug 2022

“Cuba Jadi Baik Walau Tak Sempurna…”- Siti Nordiana Akui Istiqamah Itu Tidak Semudah Yang Disangka

Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana tidak menolak dakwaan bahawa pemilihan kawan-kawan dan orang sekeliling yang betul menjadi asbab seseorang itu berubah dan istiqamah ke arah kebaikan. Namun, pastinya bukan mudah untuk seseorang individu itu sentiasa […]

Featured Fri, 10 Jan 2025
Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Trending Sun, 11 Mar 2018

Remaja Ini Koma Selama Setahun Dan Lumpuh Seluruh Badan

Dicabar Makan Lintah Oleh Rakannya, Remaja Ini Koma Selama Setahun Dan Lumpuh Seluruh Badan

error: Content is protected !!