Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 24, 2025 @ 5:20pm

“Saya Rapat Dengan Kedua-dua Belah Pihak, Tapi..” – Isu Jurufoto Belasah Pereka Fesyen, Haqiem Rusli Tak Sokong Keganasan

Susulan insiden membabitkan jurufoto terkenal dalam kalangan selebriti tanah air yang bertindak membelasah pereka fesyen, Razman Razmi baru-baru ini menuai sorotan ramai pihak.

Ini termasuklah penyanyi Haqiem Rusli yang juga antara pelanggan yang pernah menggunakan khidmat pereka fesyen tersebut.

Kata Haqiem, dia juga terkejut ketika insiden tersebut tular di media sosial memandangkan dia juga mengenali kedua-dua pihak.

Malah, menganggap kedua-duanya adalah individu yang baik dan profesional dalam menjalankan kerja mereka.

Namun, sebagai seorang yang tidak menyokong keganasan, dia menganggap perkara itu dapat diselesaikan dengan baik.

“Saya rapat dengan kedua-dua belah pihak dan hubungan kami sangat baik. Saya rasa serba salah untuk bercakap tentang isu ini.

“Tapi, pada pendapat saya, seperti yang selalu saya katakan sebelum ini, jika ada yang salah, ia tetap salah kerana sepanjang saya bekerjasama dengan mereka semuanya baik sahaja.. Cuma saya tidak setuju dengan keganasan.

“Apa yang berlaku, jika dilihat dari luaran.. yang salah tetap salah. Dan saya harap isu itu dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

“Saya harap semuanya berakhir dengan baik. Dunia ini sementara, jadi tidak perlu bermusuhan terlalu lama,” ulasnya.

Pelantun lagu Sangkar Derita itu berkata demikian ketika ditemui XTRA pada sesi latihan vokal bersama peserta Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) yang berlangusng di Cheras, Kuala Lumpur pada Khamis.

Terdahulu, jurugambar selebriti, Aqo Imran mengaku insiden tersebut membuatnya sedar dan mahu mengambil isu itu sebagai pengajaran.

Katanya, emosinya sedikit terganggu dia percaya setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya.

“Alhamdulillah saya menjalani kehidupan seperti biasa. Makan cukup, minum cukup, alhamdulillah.

“Emosi alhamdulillah mungkin apa yang berlaku membuatkan saya belajar dan mengambil ia sebagai satu pengajaran.

“Bagi pendapat saya semua yang terjadi dalam dunia ni sudah tertulis jadi setiap kejadian yang berlaku tu mesti ada hikmahnya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Harris Annuar Dedah Sikap Jurufoto Belasah Pereka Fesyen DSV – “Dia Seorang Yang Baik, Solat & Bukan Jenis Panas Baran”

ARTIKEL BERKAITAN:Suami Kantoi Tonton P*rno Punca Pempengaruh Dibelasah

ARTIKEL BERKAITAN:Kantoi Curang Termasuk Dengan Rakan Sendiri, Pempengaruh Popular Dibelasah Suami… Anak Baru Lahir Selamba Kena Tendang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Nov 2018

Hetty Sarlene Dikatakan Tiru Rekaan Baju Che Ta

Rekaan baju dikatakan sama dengan Che Ta diinsipirasikan daripada burung merak, siapa sebenarnya yang mereka rekaan ini dahulu..

Featured Tue, 20 Dec 2022

Imran Bard Bangga Miliki Kancil Turbo – “Kalau Kat Highway Aku Kanan Je!”

Pempengaruh media sosial, Imran Bard sekali lagi berjaya mencuri tumpuan warganet dengan gelagat dan kata-katanya yang sering menyelar tohmahan orang luar terhadap dirinya. @kucengnanges hidup kancil! 🚙 #anakkirimansyurga #imerang #imranbard #anaqkirimanheaven #kancilturbo ♬ original sound […]

Hiburan Tue, 25 Mar 2025
Hiburan Mon, 28 Apr 2025

[VIDEO] Momen Anak Fattah Amin Lambai & ‘High 5’ Amira Othman Curi Tumpuan

Fatima dilihat mesra melambai dan high 5 Amira Othman

familuv Wed, 8 Apr 2020

4 cara menangani si kecil yang cemburu

Ibu bapa perlu peka emosi anak

Featured Sat, 21 Mar 2026

“Tahun Ni Hawra Balik Kelantan” – Kamal Adli Kongsi Perasaan Pertama Kali Beraya ‘Single’, Persiapan Raya Hanya Untuk Anak

Pelakon Kamal Adli mengakui sambutan Aidilfitri tahun ini bakal terasa sedikit berbeza apabila di berkemungkinan besar tidak dapat beraya  bersama anaknya, Hawra.

Featured Fri, 9 Nov 2018

One Step Closer – Fasha Sandha Didakap Bahagia…

Masih berteka-teki tarikh pertunangannya, Fasha akan buat pengumuman rasmi.

error: Content is protected !!