Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 24, 2025 @ 3:59pm

[VIDEO] Netizen Kesian Tiada Bapa Di Sisi, Rita Rudaini Dah Ajar Anak-Anak Jadi Kebal – “Kami Tak Terkesan…”

Pelakon, Rita Rudaini mengakui telah mengajar anak-anaknya, Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna untuk bersikap ‘kebal’ (kuat) untuk bertahan daripada kritikan dan kecaman netizen.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar berkata mereka anak-beranak sudah terbiasa dan lali apabila netizen acap kali bertanya mengenai bekas suaminya, pemain bola sepak Aidil Zafuan.

“Ramai yang kata dekat mummy, ‘kesian dekat Ryyan dan Arjuna tak jumpa bapa. Kita okay sahaja dan sudah terbiasa. Mummy ajar awak berdua untuk kuat dan tahan kecaman dari komen,” katanya.

Dalam video sama, anak sulung Rita iaitu Airit Rayyan turut menegaskan dia tidak terkesan dengan komen dan pertanyaan netizen, malah sudah muak apabila seriong diaju komen sedemikian.

“Kami dah biasa sudah berapa juta kali dan dah muak (soalan netizen). Saya tak terkesan dan tak perlu kesiankan kami. Kami buat biasa sahaja. Mana ada kami hari-hari menangis, ada pernah nampak?,” katanya.

Sementara itu, di ruangan kapsyen Rita berharap agar netizen di luar sana tidak menyalahkan anak-anaknya kerana mereka tidak mempunyai kenangan bersama bapa selepas ditinggalkan sejak mereka masing-masing berusia dua tahun dan lapan bulan.

@ritrud727

Jgn salahkan anak2 sis klau dorg xde rasa apa2..dorg xde memori langsung..so xde nk rasa sedih..masa tu ryan 2thn,adik 8bulan…apa yg dorg ingat?? Sis pon dulu di tinggalkan bapa umur 2thn jugak..sy xde rasa apa 😊 biasa ja hidup sis …bahagia hidup dgn mama dan di kelilingi family n sedara mara sis yg baik…mencurah2 kasih syg sis n abg dpt…tak terkesan! Begitu juga dgn Ryan dan Arjuna….

♬ original sound – ritrud727 – ritrud727

Imbas kembali, Rita dan Aidil  berkahwin pada 2008 namun disahkan bercerai pada 2013.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.

Artikel Berkaitan: “Cukuplah Buat Cerita!” – Netizen Lagakan Dengan Rita Rudaini, Zaquan Adha Bidas Pihak Tak Bertanggungjawab

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gelagat Anak-Anak Rita Rudaini Tak Bagi Kahwin Lagi Bikin Sebak! Ini Respons Empunya Badan – “Mommy Takkan Kahwin”

Artikel Berkaitan: “Kena Campak Skrip, Tengking Itu Bukan Buli” – Rita Rudaini Tampil Beri Respons Dakwaan Artis  Senior ‘Buli’ Pelakon Baharu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Feb 2019

人因自信而美丽!时尚达人系列中的身障芭比娃娃

人因自信而美丽!今年 6 月,芭比娃娃将推出坐着轮椅以及有着可拆卸义肢的芭比娃娃,作为芭比时尚达人系列的一部份。

Hiburan Sat, 29 Dec 2018

Kereta Mewah Remuk, Safiey Ilyas Kemalangan Jalan Raya

Semuanya terkawal, hati-hati yeah lepasni…

Kes Mahkamah Fri, 7 Jun 2024
Featured Fri, 5 Nov 2021

“Saya Kelihatan Seperti Alien” – Azhan Rani Tahan Seksa Demi….

Pelakon Azhan Rani terpaksa bertahan dengan warna rambut perang (blonde) selama enam bulan untuk menjayakan watak Alwi dalam drama Keluarga Untuk Disewa. Menurut Azhan semasa sidang media maya drama Keluarga Untuk Disewa pada Selasa, dia […]

Trending Wed, 19 Sep 2018
Hiburan Thu, 5 Dec 2024
Hiburan Wed, 10 Apr 2019

Anugerah DFKL 2019 Ditonton 5.2 Juta Penonton

Kami cukup berbangga dengan penglibatan mereka sehingga hari ini, kerana ini membuktikan bahawa masyarakat kita amat mengambil berat tentang industri drama tempatan.

Featured Thu, 31 May 2018
Trending Thu, 14 Nov 2019
error: Content is protected !!