Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 11, 2025 @ 7:34pm

Baru Berusia 6 Bulan, Anak Bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah Meninggal Dunia

Pemain bola sepak, Zaquan Adha memaklumkan anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees telah meninggal dunia pada usia enam bulan pada petang, Selasa.

Suami kepada pelakon, Ayu Raudhah berkongsi berita duka itu menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs) miliknya, sebentar tadi.

“Salam semua, anak bongsu kami Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha telah kembali kepada penciptanya sebentar tadi. Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini,” katanya.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu tidak memaklumkan punca kematian anaknya itu.

Ayu yang juga adik kepada pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan melahirkan anak bongsunya itu pada Ogos tahun lalu.

Untuk rekod, pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakam dengan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan anak keenam yang berusia setahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 25 Oct 2025

Angkat Semula Kisah Ikonik AADC, Rangga & Cinta Tampil Dalam Versi Filem Muzikal

Puisi, lagu dan cinta kini bersatu di layar perak menerusi Rangga & Cinta iaitu sebuah filem muzikal arahan Riri Riza.

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Hiburan Fri, 14 Feb 2025

Studio Radio Baharu Media Prima Audio Diperkasa Teknologi EV Sun & Metaspace

Media prima audio guna teknologi AI secara menyeluruh

Featured Sat, 9 Aug 2025
Hiburan Fri, 11 Oct 2019

Timang Anak Di Usia 60 Tahun, Power Lah Datuk Jamal Abdillah!

Tahniah Xtra ucapkan buat Datuk Jamal Abdillah dan keluarga.

Trending Tue, 6 Apr 2021
Trending Thu, 9 Jul 2020
error: Content is protected !!