Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 13, 2025 @ 1:17pm

Zahnita Wilson Mengaku Pernah Ke Wad Psikiatri -“Saya Melihat Banyak Pesakit Yang Lebih Teruk Dari Saya”

Pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson, 40, mendedahkan bahawa dia pernah mendapatkan rawatan akibat kemurungan daripada pakar psikiatri selepas melalui fasa sukar dalam hidupnya pada 2019.

Kata Zahnita, dia mendapatkan rawatan tersebut ketika berada di titik terendah dalam kehidupannya pada ketika itu.

Namun, dia akhirnya memutuskan untuk tidak meneruskan rawatan setelah melihat keadaan pesakit lain yang lebih parah.

“Saya pernah berada di wad psikiatri ketika saya berada pada tahap terendah dalam hidup, sehingga perlu ditahan di wad tersebut.

“Tetapi, ketika saya sampai di sana, saya melihat banyak pesakit lain yang keadaan mereka jauh lebih teruk daripada saya. Saya rasa saya tidak sepatutnya berada di situ, jadi saya memilih untuk pulang ke rumah,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Muhammad Khairul (@nuex_rosli)

 

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Mahu Ambil ‘Paid Review’, Usaha Zahnita Mahu Bantu Golongan Wanita Tingkatkan Perniagaan Raih Pujian

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Curang, Mana Buktinya?” – Zahnita Wilson Nafi Lari Dengan Teman Lelaki Selama 6 Bulan

ARTIKEL BERKAITAN:“Itu Bukan Ayah Saya, Itu Fitnah!” – Lebih Selesa Tinggal Dengan Bapa, Anak Zahnita Dakwa Gambar Mata Lebam Zahnita Adalah Foto Lama

Namun, selepas menyedari bahawa dirinya memerlukan ketenangan,  ibu kepada anak empat ini memilih untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.

“Saya mungkin hilang arah pada waktu itu. Saya mencari ketenangan dengan membaca al-Quran dan berdoa kepada Allah,” katanya.

Mengulas lanjut, Zahnita turut mendedahkan bahawa suaminya, Abdul Zackery, adalah individu yang membawanya ke wad psikiatri untuk mendapatkan bantuan profesional.

“Dia (Abdul Zackery) yang bawa saya ke wad psikiatri itu. Mungkin ketika itu dia nampak saya berada pada tahap terendah, seperti hilang arah. Jadi, dia cuba mencari bantuan profesional untuk saya,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Zahnita Wilson Syukur Dapat Perintah Perlindungan Interim, Nekad Tuntut Cerai Secara Fasakh

ARTIKEL BERKAITAN:Gagal Tahan Sebak, Zahnita Wilson Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Didera Suami – “Saya Rasa Macam Hamba”

ARTIKEL BERKAITAN:“Modeling Bukan Dunia Saya Lagi”- Zahnita Wilson Tolak Tawaran Bernilai RM150,000

Sebelum ini, Zahnita telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan pada 3 Disember 2024, selepas berkongsi foto memperlihatkan mata lebamnya di Instagram sekaligus menuai perhatian masyarakat.

Susulan kejadian itu, perintah reman telah dikeluarkan oleh Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman dan Zachery ditahan selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Sekadar info, pelakon filem Gila Gila Pengantin Remaja itu pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 2013.

Hasil perkongsian hidup, Zahnita dan Zachery dikurniakan dengan empat cahaya mata iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 25 Nov 2022

Tak Pernah Terfikir Masuk Dunia Lakonan, Harissa Adlynn Teruja

Penyanyi Harissa Adlynn teruja apabila berpeluang melibatkan diri dalam dunia lakonan. Pernah dikenali menerusi lagu Aku Sayang Kamu, Harissa tidak pernah terfikir akan menceburi dalam dunia lakonan dan menjadi seorang pelakon, namun dia akui dia […]

Featured Tue, 16 Feb 2021
Events Mon, 23 Apr 2018

Empat Peserta Mentor Otai Ini Bakal Berentap Di Pentas Final!

Pemilihan mereka adalah berdasarkan kepada persembahan mereka pada konsert minggu ke- 6 semalam yang turut menampilkan peserta membuat persembahan bersama mentor mereka masing-masing.

Featured Mon, 20 May 2024
Trending Tue, 14 Dec 2021

Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Positif Covid-19, Che Ta Tunda Sambut Anniversary Kahwin Ke-8 Di Langkawi

Pelakon cantik, Rozita Che Wan memaklumkan perancangannya untuk menyambut ulang tahun perkahwinan ke-8 di Pulau Langkawi, Kedah terpaksa ditunda kerana suaminya, pelakon Zain Saidin dan anak mereka, Aaisyah Dhia Rana positif Covid-19 bulan lalu. Menurut […]

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Iqram Dinzly Kembali Normal

Iqram Dinzly sudah kembali normal seperti manusia biasa setelah dilanda pelbagai kontroversi ke atas dirinya.

Featured Fri, 20 Feb 2026

Shuib Serah Kasut Milik Arwah Siti Sarah Pada Thalita – “Cakap Thank You Dekat Ibu”

Shuib kelihatan memanggil Thalita sebaik sahaja selesai menunaikan solat sebelum meminta anaknya itu memakai sepasang kasut berjenama mewah milik arwah isterinya.

error: Content is protected !!