Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 3, 2025 @ 5:30pm

Ismail Sabri Yaakob Kini Suspek, SPRM Beku 13 Akaun Bank Bernilai RM2 Juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, merupakan suspek dalam siasatan berkaitan perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau memimpin negara.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki,  Ismail Sabri akan dipanggil semula pada hari Rabu ini bagi membantu siasatan.

“Sebelum ini, beliau telah menghantar notis pengisytiharan harta kepada kami pada 10 Februari, sebelum dipanggil untuk memberi keterangan pada 19 Februari.

“Saya mengesahkan bahawa beliau telah memberikan keterangannya selama beberapa jam bagi membantu siasatan berkaitan kes Keluarga Malaysia ini.

“Beliau dianggap sebagai suspek kerana, pertama, Seksyen 36 telah dikenakan ke atasnya bagi membolehkan perincian harta dilakukan. Kedua, wang tunai yang ditemukan mempunyai kaitan dengannya, maka penjelasan lanjut perlu diperoleh,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM, hari ini.

Azam turut memaklumkan bahawa sebanyak 13 akaun bank dengan jumlah keseluruhan bernilai RM2 juta telah dibekukan bertujuan untuk  siasatan.

“Kebanyakan akaun yang dibekukan adalah milik empat suspek yang ditahan sebelum ini. Bagaimanapun, akaun milik Datuk Seri Ismail Sabri masih dalam siasatan, dan kami sedang mendapatkan penjelasan daripadanya mengenai butiran akaun yang ada.

“Kami berusaha menyelesaikan siasatan ini dengan segera dan akan memanggil lebih ramai saksi. Dalam minggu ini sahaja, enam hingga tujuh saksi baharu dijangka dipanggil untuk memberikan keterangan,” katanya.

Tambahnya,  dokumen berkaitan juga sedang diteliti dan siasatan dijalankan bukan sahaja mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, tetapi juga di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada 23 Februari lalu, media melaporkan bahawa SPRM telah menahan empat bekas pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sumber SPRM mengesahkan penahanan keempat-empat pegawai terbabit, dengan perintah reman telah diperoleh daripada Mahkamah Putrajaya.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 5 Oct 2020

Lesen Memandu Boleh Diperbaharui Secara ‘Online’ Mulai 16 Oktober

Kan senang tak payah susah susah beratur kat kaunter

Featured Thu, 5 Aug 2021

Pandelela Cemas Kepala Hampir Terkena Platform, Tamatkan Saingan Di Tempat Ke-12

Walaupun tewas dalam misi untuk memburu pingat buat negara, ratu terjun negara Pandelela Rinong tetap berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya menamatkan saringan di final acara 10 meter Platform Wanita di kedudukan ke-12 di Sukan […]

Featured Fri, 29 Sep 2023
Trending Fri, 24 Oct 2025

“Pelanggan Saya Memang Kaya, Tak Perlu Diskaun” – Haliza Maysuri Letak Sasaran RM10 Juta Di Pahang, Mahu Bantu Golongan Memerlukan

“Lagi banyak kami berniaga, lagi banyak zakat yang boleh dibayar” – Haliza Maysuri

Hiburan Fri, 12 Apr 2019

获微博颁发「潜力音乐红人」蔡恩雨成唯一大马代表

马来西亚唯一代表Priscilla Abby蔡恩雨获邀出席微博于香港举办的「微博星耀盛典」,亦藉由2018年在乐坛以及网络的优异表现获颁「潜力音乐红人」,为她的音乐发展打了一剂强心针!

Trending Thu, 10 Dec 2020
Trending Sun, 25 Oct 2020
error: Content is protected !!