Euforia Bola 2026
Drama By: Aqilah Paharuzi March 8, 2025 @ 3:21pm

Adi Putra Bawa Watak Paling Menyakitkan? Amyra Rosli Terpaksa Menanggung Derita!

“Penonton pasti akan meluat dengan watak Nasir,” itu jaminan Datuk Adi Putra tentang karakter terbarunya dalam Sekam Di Dada, sebuah drama yang bakal menggegarkan emosi penonton di slot Samarinda TV3, bermula 11 Mac 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10.00 malam!

Diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd dan diarah oleh Zamri Zakaria, naskhah penuh konflik ini lahir dari sentuhan penulis skrip tersohor, Wan Mahani Wan Hassan iaitu pemenang Anugerah Penulis Skrip Terbaik di sebalik karya hebat Ayahanda dan Andainya Takdir.

Sekam Di Dada mengisahkan Orkid (Amyra Rosli), seorang guru mengaji yang mengejutkan semua orang apabila menuntut cerai daripada suaminya, Nasir (Datuk Adi Putra), setelah lelaki itu kehilangan keupayaan berjalan akibat jangkitan kuman pada saraf tunjang.

Keputusan ini bukan sahaja menggemparkan keluarga, malah menimbulkan amarah anak-anak mereka, Nazman (Apich Lo) dan Sara (Auni Yusri), yang enggan menerima kebenaran di sebalik tindakan ibunya.

Nazman, yang terpengaruh dengan kata-kata ayahnya, menganggap Orkid sebagai kejam dan tidak setia. Manakala isterinya, Noreen (Qistina Khaled) dan adiknya, Sara, cuba memahami sisi Orkid.

Namun, keadaan bertambah rumit apabila impian Orkid untuk menyambung pelajaran diketahui oleh Nazman. Ego seorang anak membuatnya mentertawakan ibunya sendiri, memperlekeh cita-citanya, dan meletakkan beban sepenuhnya di bahu Orkid untuk menjaga Nasir. Terluka dan kecewa, Orkid akhirnya memilih untuk menghilangkan diri.

Dengan Orkid tiada di sisi, Nazman, Noreen, dan Sara terpaksa bergilir-gilir menjaga Nasir, yang semakin baran, mendesak, dan merindui Orkid. Saat Orkid kembali setelah dipaksa, dia merayu agar dilepaskan secara baik sebelum segala rahsia terbongkar.

Tetapi Nasir berkeras. Dan keadaan semakin tegang dengan kemunculan Arif (Josiah Hogan), lelaki dari masa silam Orkid, serta isterinya, Rozi (Puteri Sarah Liyana), yang punya agendanya sendiri.

Dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Amyra Rosli, Josiah Hogan, Puteri Sarah Liyana, Auni Yusri, Apich Lo, Qistina Khaled, Nadia Brian, dan Arash Mohamad, Sekam Di Dada menjanjikan kisah penuh air mata, dendam, dan permainan emosi yang mencengkam!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 Dec 2023
Hiburan Wed, 3 Jul 2019

Nana Kesian Dengan Khai Bahar?

Kalau dah jodoh, why not kan?

Featured Tue, 26 Nov 2024

Fadhli Masoot Teruja Bakal Bergelar Bapa Tak Lama Lagi – “Doakan Moga Urusan Isteri & Baby Dipermudahkan”

Pelakon Fadhli Masoot teruja berkongsi berita gembira apabila memaklumkan isterinya kini sedang menunggu detik kelahiran bayi sulung mereka tidak lama lagi.

Hiburan Mon, 27 Apr 2026

“Salah Ke Kahwin Dengan Orang Umur Jauh Ni?” – Ara Johari Minta Netizen Jangan Cepat Menghukum

pelantun lagu Menjaga Jodoh Orang Lain itu turut sempat berseloroh mengatakan bakal suaminya masih kanak-kanak. 

Hiburan Thu, 7 May 2026

“RM1,300 Saja… Minta RM3,000 Tak Dapat Pun” – Fatin Afeefa Minta Netizen Berhenti Bergaduh Isu Nafkah Anak

Fatin Afeefa memberi pesanan kepada netizen untuk berhenti berbalah berhubung isu nafkah anak perempuannya, Ivy Hera Sophia. 

Hiburan Tue, 15 Mar 2022

Kucaimars Berkolaborasi Dengan Duo Indonesia Menerusi Obat Rindu

Penyanyi kacak, Kucaimars, bersama-sama duo muzikal pop-folk terkenal yang berasal dari Jakarta, Suara Kayu, berkolaborasi secara harmoni menerusi sebuah single baharu berjudul ‘Obat Rindu’. Single yang kedengaran easy-listening serta flirty ini dinyanyikan dengan cara yang […]

error: Content is protected !!