Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 17, 2025 @ 5:36pm

Kongsi Foto Keluarga, Rebecca Nur Al Islam Titip Ucapan Istimewa Buat Bonda Rozita – “Semoga Cinta Ini Kekal Abadi”

Status perkahwinan usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim akhirnya terlerai apabila dia memaklumkan sudah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya yang juga abang kepada pelakon, Rebecca Nur Al Islam menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya baru-baru ini.

Terbaru, adik iparnya iaitu Rebecca pula dilihat berkongsi beberapa foto bersama ahli keluarga termasuklah pasangan terbabit.

Meluahkan rasa syukur di atas berita gembira ini, Rebecca kelihatan sempat menitipkan ucapan dan doa istimewa buat Bonda Rozita dan abang sulungnya itu.

“Jodoh, ajal, maut sudah tertulis di Luh Mahfuz. Pernikahan itu adalah ibadah yang Allah suka.

“Assalamualaikum Kakak Iparku Bonda Rozita Ibrahim. Kita wakil dari keluarga kecil kami mengucapkan selamat datang dalam keluarga kami.

“Semoga perkahwinan Abang Long dan Kak Rozi membawa sampai ke akhir hayat  dan ke syurga Allah SWT. Semoga perkahwinan ini sentiasa dijaga, diberkati  dan dipelihara.

“Semoga saling menyayangi  dan hormat menghormati sesama pasangan. Bahagia dunia akhirat. Alhamdulillah we are very big family now,” kongsinya.

Perkara itu dikongsi Rebecca menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar ikatan perkahwinan yang terjalin antara Bonda Rozita dan keluarga Rebecca kekal hingga ke syurga.

Terdahulu, timbul spekulasi bahawa Bonda Rozita telah berkahwin dengan abang kepada aktres Rebecca Nur Al Islam selepas satu sesi siaran langsung di Instagram (IG) menunjukkan dirinya bersama seorang lelaki yang sama.

Spekulasi itu kemudian menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan netizen apabila Rebecca bertindak menggelarkan Bonda Rozita sebagai  ‘kakak iparku’.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 May 2024
Hiburan Mon, 18 Nov 2019

Apink Naeun Got Plastic Surgery, Again?

Netizens discuss whether her getting work done is for better or the worse.

Hiburan Thu, 17 Aug 2023

COËX Perkenal Single Pertama, Gimme That Crown

Wah, good luck COËX, Gimme That Crown!

Hiburan Wed, 12 Dec 2018

‘ OK Kan Tengok Kat Mamak, Tak Dosa Kan?’, Tindakan Rita Rudaini Dipuji Netizen

Nama pelakon Rita Rudaini terus hangat diperkatakan di sosial media apabila sering memuatnaik gambar dan kapsyen ‘mengusik’ individu tertentu. Sebelum ini, Rita ada memaklumkan akan mempertimbangkan membawa dua anaknya Rayyan dan Arjuna ke stadium Bukit […]

Trending Tue, 10 Apr 2018

神人改图!如果超级英雄是「中国摊贩」网友笑惨

这年头超级英雄电影当道,英雄们的独特个性与能力,都让影迷留下深刻印象。如果把这些英雄放到中国的庶民生活中呢?中国网友「青红造了个白」就进行神改图,意外无违和的画面太搞笑了!

Featured Wed, 8 May 2024
error: Content is protected !!