Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 27, 2025 @ 2:40pm

Michael Ang Anggap Isu Plagiat Sekadar Marketing? – “These Days Bukan Boleh Percaya Benda Macam Ni”

Tidak mahu ketinggalan mengulas isu plagiat yang sedang hangat diperkatakan, pengarah terkenal Michael Ang tampil berkongsi pendapatnya.

Kata Michael, tindakan kedua belah pihak menghangatkan isu ini disifatkannya sebagai mencurigakan (synonym of suspicious) dan bertujuan untuk ‘marketing’ semata-mata.

“Very SUS (synonym of suspicious), kontroversi pasal owner baju Melayu kaki ciplak design dari desinger Malaysia. Kisah buruk owner tu memang lah banyak masa bercerai.

“Tapi, saya rasa ini marketing sahaja. Sebab these days bukan boleh percaya sangat benda-benda macam ni,” katanya.

Michael berkongsi perkara itu menerusi hantaran di ruangan Instagram Story miliknya baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Michael, 49, berkata, isu kontroversi ini dianggap sebagai ‘marketing’ kerana jenama baju Melayu popular pada tahun ini tidak tertumpu kepada produk jenama keluarannya meskipun mengetengahkan barisan artis popular tanah air.

“Kenapa saya cakap dan saya rasa marketing, adalah sebab rasa tahun ini baju paling terserlah dan selalu sahaja lalu fyp is moon and star.

“Jadi, walaupun ada artis besar bawah dia, tapi macam tak on’s. Tahun ni macam ada tak ada sahaja.

“Jadi, hujung-hujung ni buat lah marketing bongok ni. So, what say you all? Marketing sahaja atau memang menciplak,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Dakwa Rekaan Samping Hak Milik Suami Diciplak, Tyra Kamaruzzaman Dedah Bukti El Azman Cuba Mengelat?

ARTIKEL BERKAITAN:“Bila Perniagaan Gunakan Ketuhanan Sebagai Tagline…” – Dakwa Jadi Mangsa Plagiat, Fiziwoo Tampil Dedah Bukti

ARTIKEL BERKAITAN:Tyra Kamaruzzaman Tepis Tuduhan Nak Duit ‘Royalti’ Isu Kain Samping Diciplak – “Kami Tak Hamak Duit Orang Lain”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 14 Dec 2024
Hiburan Thu, 9 Aug 2018

Sazzy Akui Ingin Puaskan Diri Sendiri

Tidak dinafikan fenomena Gol dan Gincu sedikit sebanyak telah mengangkat nama Sazzy Falak sehingga dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-19, 2006

Featured Fri, 21 Oct 2022
Featured Thu, 26 Jan 2023

Mohon Doa Peminat, Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Tunai Umrah

Penyanyi terkenal, Zizi Kirana bersama suami, pelakon Yusuf Bahrin berangkat ke Tanah Suci menunaikan ibadah umrah.   View this post on Instagram   A post shared by KIRANA (@zizi_kirana) Menerusi hantaran Zizi di laman Instagram […]

Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Amira Othman Mahu Lelaki Tenang

Nadia Amira Othman,24,  ini dengan single terbaharunya ‘Mimpi Indah” diharap mengubati kerinduan peminat-peminatnya yang sudah lama menanti kemunculannya semula dalam arena seni suara.

Trending Fri, 2 Nov 2018

Bajet 2019: Bayaran Khas RM500 Pada Penjawat Awam Gred 54 Ke Bawah, RM250 Untuk Pesara

Bayaran Khas RM500 Untuk Penjawat Awam Gred 54 Ke Bawah, RM250 Untuk Pesara

Trending Tue, 8 Oct 2019
error: Content is protected !!