Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 28, 2025 @ 2:41am

“Allah Tak Pernah Tinggal Saya Meski Saya Lupa Dia”- Nora Danish

Untuk kekal istiqamah dalam menuju jalan Allah bukanlah sesuatu yang mudah, malah menuntut pengorbanan dan fokus kepada hala tuju yang ingin dikecapi.

Menurut pelakon jelita, Nora Danish, kini hala tujunya sudah berbeza iaitu mahu mengejar cinta dan syurga Allah.

Katanya ketika ditemu bual dalam program bual bicara sebuah portal hiburan, dia mengaku dahulu dia lebih mementingkan duniawi dan kerana itu dia sering berasa risau sehinggakan timbul rasa anxiety.

Namun, semenjak mendekatkan diri dengan majlis-majlis ilmu, Nora mengaku kini dia berasa lebih tenang dan boleh menyelesaikan sesuatu perkara dengan baik.

“Saya masih yang sama, cuma hala tuju saya berbeza. Kalau dulu saya lebih pentingkan duniawi. Jadi duniawi ni saya ada banyak kerisauan sebab dia ada banyak cabang pasal family, anak dan sebagainya dan ia buat saya takut dan timbul rasa anxiety.

“Tapi bila sekarang ni saya tahu hala tuju saya satu iaitu, mahu menuju ke syurga Allah. Walaupun ada lah ujian tu tapi kita tahu, kita boleh hadapainya sebab Allah dengan kita. Jadi rasa berbeza, rasa lebih tenang dan boleh handle situasi dengan baik,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by نورا دانيش (@noradanish)

Ketika disoal sebab perubahannya kini, Nora atau nama penuhnya, Nora Mohd Danish Hanif, 47, memaklumkan, dia bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat baiknya, Betty Rahmad.

Ini kerana, Betty merupakan individu yang sentiasa mengajaknya untuk sama-sama hadir ke majlis ilmu sehinggalah pada satu ketika aktres ini terbuka hati untuk berubah.

“Setiap umat Muhammad SAW pasti ada rasa nak berubah cuma tak tahu bila dan macam mana. Jadi saya memang tetapkan nak menuju ke umur 40 tahun tu saya nak berubah, tapi ketika itu saya masih tak nampak jalan lagi.

“Tapi saya bersyukur, kerana saya ada seorang sahabat iatu Betty Rahmad yang sentiasa mengajak saya ke majlis-majlis ilmu.

“Dia yang tak pernah give up untuk ajak saya dan dari situlah saya terbuka hati,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Nora menegaskan, kehidupan dulunya sangat sempurna sehinggakan dia mengabdikan diri dan mengharap cinta dari manusia semata-mata.

Sehinggakan, dia sedar bahawa meraih cinta Allah adalah segalanya-galanya meskipun dia sedar terlalu banyak khilaf yang dilakukan.

“Kalau hidup saya dahulu, saya ada semuanya, saya ada keluarga, ada mak, anak, adik beradik, yang sangat close. Tapi dalam hati tu saya rasa macam ada something yang hilang,”

“Saya ni seorang yang pencinta tau, jadi hidup saya ni saya memang mengharapkan cinta daripada orang. Macam balasan cinta. Kalau saya beri hundred percent saya juga harap orang itu bagi saya benda yang sama.

“So, saya mengabdikan diri saya dengan mengharapkan balasan cinta daripada orang. Jadi, bila cinta itu tak nampak atau mungkin berkurangan orang kata hidup pun dalam perkahwinan maknanya, bukan cinta itu segalanya tetapi kita kena ada tanggungjawab dan sebagainya.

“Tapi oleh kerana saya ini pengabdi cinta, saya dah nampak kekurangan itu sana sini. Saya jadi macam bad mood, risau, rasa macam kenapa life saya macam ni?

“Jadi, dari situlah saya kaji dimana saya hilang cinta Allah SWT sebenarnya. Saya tak ada benda tu dalam hidup saya. So, sebab itu hidup saya tak sempurna, tak perfect.

“Jadi bila saya, beransur-ansur mendekatkan diri saya dengan al-Quran di situlah saya tahu bahawa cinta Allah itu sangat besar untuk saya walaupun saya lupa dekat Dia, tapi Dia tak pernah tinggalkan saya walaupun sedikit.

“Dia bagi sahaja apa yang saya nak. Dalam keadaan sekarang pun, Dia jentik saya dalam keadaan yang baik bukan dengan saya kehilangan benda yang besar untuk saya berubah.

“So, sekarang saya tengah dalam poses mendalami lagi cinta Allah,  supaya saya tak mengharap bahagia daripada orang, supaya saya dapat hidup dengan tenang, saya buat sesuatu dengan ikhlas dan tak perlu balasan dari orang untuk ucap ‘terima kasih’ tidak.. sebab saya buat semua kerana Allah SWT.

“Jadi sekarang ini saya mengharapkan cinta Allah semata-mata,”ujarnya.

 

 

Sumber: Media Hiburan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 Jun 2026

Sambut Ulang Tahun & Anniversary Ke-13 Serentak, Izzue Islam Terima Hadiah Kereta Dari Isteri Tercinta

Izzue Islam mencuri perhatian apabila diraikan dalam sebuah majlis sambutan ulang tahun kelahirannya dan juga ulang tahun perkahwinannya yang ke-13  bersama isteri tercinta, Awin Nurin.

Trending Wed, 24 Aug 2022

“Sufian Suhaimi Sudah Berpunya?” – Usikan Neelofa Buat Netizen Berteka Teki

Biarpun terdapat beberapa dakwaan sudah mempunyai kekasih hati, penyanyi, Sufian Suhaimi masih belum membuka mulut tentang dakwaan tersebut. Pemilik lagu popular, Dimatamu itu tidak terlepas dari kisah cintanya walaupun sudah menginjak usia ke 30 tahun. […]

Hiburan Tue, 23 Jul 2024
Hiburan Wed, 22 May 2019
Trending Tue, 3 Jul 2018

Terperangkap Dalam Gua, 12 Pemain Bola Sepak Thailand Ditemui Selamat

Alhamdulillah…semuanya selamat. Misi kini bertumpu kepada usaha membawa keluar kesemua mangsa dengan selamat. Semoga segalanya lancar!

Events Thu, 21 Apr 2022

Empat Peguam Pemerhati TMJ Dibenarkan Ikuti Kes Perbicaraan #JusticeForBella

Selepas perbincangan diantara Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya, Che Puan Khaleeda bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun pada Selasa, hari ini Mahkamah Sesyen telah membenarkan […]

Featured Fri, 15 May 2026

Rambut Ditarik, Diikat Seperti Salib! Anak Ani Maiyuni Kongsi Semula Insiden Dibuli – “Ambil Masa Bertahun Untuk…”

Kata Viviana menerusi hantaran di Threads, perkara itu masih segar dalam ingatannya biarpun dia kini sudah berusia 21 tahun.

error: Content is protected !!