Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 28, 2025 @ 7:18pm

Amelia Henderson Segan Digelar ‘Beauty With Brain’

Pelakon jelita, Amelia Henderson, mengakui dirinya berasa segan apabila peminat melabelnya sebagai wanita ‘beauty with brain’.

Menurut Amelia atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson, 30, meskipun memiliki kecerdasan dan rupa paras menawan, dia tetap seorang insan biasa yang tidak terlepas daripada kelemahan.

“Saya tidak sempurna. Jika ada yang kata saya ‘perfect’, itu memang tidak betul. Tiada manusia yang sempurna, tetapi ada yang berusaha menjadi lebih baik, dan saya harap saya termasuk dalam golongan itu.

“Saya juga berharap suatu hari nanti ada seseorang yang mengenali saya secara lebih dekat dan menerima saya seadanya, baik kelebihan mahupun kekurangan,” katanya ketika ditemui di majlis ‘meet and greet’ bersama pelakon filem Blood Brothers di MITEC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas mengenai kehidupannya yang kelihatan sentiasa ceria di media sosial, Amelia menjelaskan perkara yang dikongsi hanyalah sisi positif, sedangkan dia juga mengalami fasa-fasa sukar seperti orang lain.

“Bekerja dalam dunia media sosial datang dengan tanggungjawab untuk menyebarkan aura positif. Setiap kali saya berkongsi sesuatu, saya mahu buat orang gembira. Sebab itu, mungkin nampak saya selalu bahagia, tetapi hakikatnya tak semua tahu apa yang saya lalui,” katanya.

Bagaimanapun, Amelia memilih untuk tidak terlalu mendedahkan kesedihannya kepada umum.

“Takkan setiap kali kita sedih, kita nak tunjuk? Ada yang rasa berkongsi kesedihan boleh membantu orang lain memproses emosi mereka, tapi saya lebih suka simpan perkara negatif untuk diri sendiri,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan terkini, Amelia bakal tampil di layar perak menerusi filem aksi Blood Brothers, arahan Syafiq Yusof, yang bakal ditayangkan di seluruh negara pada 10 April ini.

Selain Amelia, filem ini turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Syukri Yahaya, Syafiq Kyle, Zamarul Hisam, Wan Hanafi Su, Andy Teh dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 18 Jan 2021

PKP 2.0: KWSP Buat Pembayaran Pendahuluan Sehingga RM1,000 Bagi Kategori 2

Kalau korang nak tahu bila pembayaran pendahuluan dibuat, wajib baca artikel ni!

Hiburan Fri, 11 Jul 2025
Hiburan Sat, 29 Sep 2018

Dayangku Intan Selamat Jalani Pembedahan Derma Buah Pinggang

Alhamdulillah…Penyanyi malar segar, Dayangku Intan selamat menjalani pembedahan mendermakan buah pinggang kepada suaminya, Rosman Yahil di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Pengurusnya, Rushuhaimin Ab Rahman, berkata pasangan berkenaan sudah keluar daripada bilik pembedahan dan […]

Featured Wed, 22 Sep 2021
Featured Thu, 18 May 2023
Events Mon, 16 Mar 2020
Featured Tue, 5 Sep 2023

Ilmu Perlu Seiring Dengan Akidah, Ini Respons Padu Salih Yaacob Tentang Poligami – “Ada Banyak Isteri Pun Kena Ingat Siapa Yang Layak Bersama Ke Akhirat”

Apabila otai berbicara memang padu lahhh ❤️‍🔥❤️‍🔥 3 bulan belajar ilmu poligami saja tak cukup ya 🫢

Hiburan Sun, 28 Jan 2018

Hafiz Agak Lantang Ada Netizen Kurang Senang

Hafiz Agak Lantang Ada Netizen Kurang Senang dimana baru-baru ini terjadi sewaktu teguran di buat melalui platform Twitter

Hiburan Wed, 6 Nov 2019

陶喆&信 回馈广大歌迷!不计唱酬敲定1124槟城办粉丝见面会

「音乐教父」 陶喆及「摇滚巨人」信,两人信守他们对歌迷的承诺,确定于11月24日在槟城ASPEN Vision City的VTEC贸易展览中心举办粉丝见面会,两人不但不收任何唱酬,且全场入场免费。

Hiburan Fri, 26 Jan 2024

“Masa Dah Tak Ada Ibu, Semua Benda Boleh…” – Anak-Anak Shuib Kongsi Persamaan Watie Dengan Arwah Siti Sarah

Terubat rindu anak-anak pada ibu mereka.. Al-Fatihah buat arwah Siti Sarah

error: Content is protected !!