Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 10, 2025 @ 8:43pm

Pernah Dapat Cek Tendang, Noraniza Idris Trauma Buat Konsert Berbayar

Penyanyi legenda irama etnik kreatif, Noraniza Idris, mengakui masih dibayangi trauma untuk menganjurkan konsert berbayar selepas pengalaman pahit ditipu pihak penaja beberapa tahun lalu.

Ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Eh Raya 2025 yang berlangsung di Summit USJ, penyanyi berusia 57 tahun ini berkongsi detik hitam yang menyebabkan dirinya lebih berhati-hati dalam setiap perancangan terutamanya melibatkan penganjuran konsert.

“Saya pernah terkena… waktu itu pihak penaja nampak sungguh-sungguh mahu bekerjasama. Mereka serahkan cek sebagai tanda komitmen, tapi akhirnya cek itu tidak laku. Tipu semata-mata.

“Sampai sekarang saya masih ingat. Walaupun sudah lama berlaku, peristiwa itu buat saya takut untuk anjurkan konsert secara berbayar lagi. Trauma itu masih ada,” ujarnya.

Disebabkan pengalaman tersebut, Noraniza mengambil pendekatan berbeza tahun ini yang memilih untuk menganjurkan konsert sempena sambutan Aidilfitri secara percuma di lokasi sama, Summit USJ, pada 26 April ini.

“Konsert ini istimewa kerana saya mahu kembalikan kenangan zaman dulu. Suasana Raya yang meriah, penuh nilai budaya dan kekeluargaan. Bukan sekadar nyanyian, tapi kita bawakan elemen rumah terbuka dalam bentuk sketsa, tarian dan muzik,” jelasnya.

Tambahnya, idea menganjurkan konsert tanpa tiket muncul selepas beliau memindahkan operasi Noraniza Idris Dance Academy (NIDA TARI) dari ibu kota ke Shah Alam awal tahun ini yang menerima pelbagai sokongan daripada ramai pihak untuk menjayakannya.

“Antara yang akan dipersembahkan termasuk lagu-lagu raya ikonik seperti Rewang Raya dan Halal Bihalal, diiringi lebih 60 penari dari akademi saya. Ini juga salah satu usaha untuk mendekatkan semula seni tradisional kepada masyarakat moden,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Wed, 29 Nov 2023
Featured Thu, 25 Aug 2022
Featured Mon, 1 Dec 2025

Anak Alahan Teruk, Zahirah Macwilson Serahkan Kucing Kepada Ameera Khan

Menurut Zahirah, Isaac sangat menyayangi kucing berkenaan namun, alahan yang dialaminya menjadi semakin sukar untuk dikawal.

Hiburan Sat, 24 Nov 2018

#SFMM33: Perlahankan Aktiviti Seni Sekejap, Ben Ladin Mahu Fokus SPM

Lepas SPM boleh kembali all out, Good Luck Ben Ladin!

Featured Sat, 18 Apr 2026

Irfan Haris Dedah Faktor Kesihatan Punca Amira Othman Tak Nyanyi Rasa & Takdkr – “Dia Tak Cukup Fit”

Irfan Haris memaklumkan punca sebenar ketiadaan kakaknya yang juga penyanyi, Amira Othman pada malam AJL40 SA.

Events Thu, 18 Jun 2026

Tonton Non Stop, On Top! Tawar Hadiah Lebih RM700,000, Strim Drama & Menang Kereta Baharu

Menangi kereta baharu dan pelbagai hadiah lumayan bernilai lebih RM700,000 hanya dengan menonton drama kegemaran anda! Tonton Non Stop, On Top!

Hiburan Fri, 10 Apr 2026

“Tak Boleh Tidur Fikir Pelanggan Complain” – Intan Najuwa

Intan mendedahkan suaminya turut menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan dirinya yang semakin tertekan.

Hiburan Thu, 3 Jul 2025
error: Content is protected !!