Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 30, 2025 @ 3:15pm

“Bila Buat Silap Ramai yang Berbunyi” – Terlibat Dengan Pergaduhan Punca Saiful Apek Ditahan

Pelawak dan pelakon, Saiful Apek, 56, akhirnya tampil mengesahkan bahawa dirinya merupakan individu yang ditahan polis seperti mana yang dipaparkan dalam video yang tular sejak semalam.

Kata Apek, dia mengakui perkara tersebut dan berkata kejadian itu berkaitan dengan isu pergaduhan.

“Saya yakin dan pasti, itu adalah gambar saya. Sekarang, pastinya ramai tertanya-tanya apakah punca saya ditahan polis.

“Apa yang boleh saya katakan, ia disebabkan isu pergaduhan,” katanya  yang bakal tampil dengan penjelasan selanjutnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila sebuah portal melaporkan kelibat seorang lelaki berbaju Melayu merah jambu didakwa pelawak itu yang ditahan oleh dua anggota polis, namun lokasi dan punca kejadian tidak dinyatakan.

Meluahkan rasa kesal, Pemenang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2003 itu tidak menyangka insiden berkenaan tular.

“Kesimpulannya, bila kita buat baik, ramai yang diam. Bila buat silap, ramai berbunyi. Kalau tak buat apa-apa pun, masih ada yang mereka-reka cerita.

“Kalau boleh, hentikanlah menyebarkan perkara yang kita sendiri tidak tahu hujung pangkal atau kesahihannya, tak perlu buat andaian.

“Apapun, tunggu penjelasan lanjut daripada saya. Doakan yang terbaik,” jelasnya.

Untuk rekod, pada Mac lalu, dunia hiburan juga dikejutkan dengan penahanan seorang lagi anggota kumpulan Senario, Yassin Yahya, di Lapangan Terbang Jeddah, Arab Saudi selepas disyaki membawa bahan terlarang.

Namun, Yassin kini dipercayai sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan selepas dijatuhkan hukuman oleh mahkamah pada November tahun lalu.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 28 Apr 2018

Selamat Jalan, Alfie…

Pakar perubatan di Britain berpendapat bahawa rawatan selanjutnya adalah sia-sia, namun ibu bapanya ingin membawa Alfie ke Rom, selepas mendapat tawaran rawatan di hospital Vatican Bambino Gesu.

Featured Thu, 17 Mar 2022

Penantian 15 Tahun Berakhir, Puteri Reunion 2022 Akan Bersiaran Syawal Ini!

Akhirnya! Drama Puteri buat comeback gais! Sama-sama kita nantikan Syawal ini! Kita Enjoy 😜😂🥳

Hiburan Thu, 7 Apr 2022
Trending Mon, 22 Nov 2021

Jom Semak Perkara Yang Anda Kena Ambil Tahu Mengenai Bayaran Balik PTPTN, Check It Out!

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukanlah satu nama yang asing lagi dalam kalangan pelajar dan graduan. PTPTN menjadi sebab ramai antara kita dapat menamatkan pelajaran tanpa perlu memikirkan peningnya nak bayar yuran dulu kan? […]

Hiburan Tue, 6 Jan 2026

“Level Kita Tak Sama!” – Beby Maembong Pilih Berdiam Diri, Ikut Nasihat Peguam

Beby Maembong menegaskan tindakannya memilih untuk berdiam diri bukanlah kerana mengelak

Events Fri, 29 Mar 2019

Mampukah Duit Beli Kebahagiaan? Jawapannya Ada Dalam ‘Cinta Non Grata’

Jangan ketinggalan untuk menonton Cinta Non Grata terbitan Orangetree Production pada setiap hari Rabu hingga Jumaat, pukul 9.00 malam dan juga menerusi portal video www.tonton.com.my.

Featured Mon, 26 Sep 2022

[VIDEO] Penampilan Tindik Hidung Shila Amzah Dikritik, Peminat Bidas Komen Netizen Mulut Puaka – “Tak Salah Pun, Janji Tak…”

Alamak, Shila betul ke tindik hidung tu? Fesyen kot kan maybe pakai yang jenis pelekat tindik hidung hihihiii

error: Content is protected !!