Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin April 30, 2025 @ 9:00pm

“Dah Tak Larat Sangat…” – Beto Kusyairy Harap Ada Pelapis Baru Dalam Filem Aksi

Pelakon versatil, Beto Kusyairy akui semakin terbatas untuk terus membawakan watak lasak di layar perak kerana faktor usia.

Menyedari realiti itu, Beto berharap akan muncul lebih ramai pelapis baharu yang mampu mengisi ruang dalam genre filem aksi tempatan.

“Sekarang saya pun dah 45 tahun… Dah rasa tak larat nak buat aksi sangat. Jadi saya harap akan ada pelakon-pelakon muda yang boleh ambil alih. Itu satu perkembangan yang sangat bagus kalau kita ada,” katanya.

Beto berkata demikian ketika ditemui pada Malam Gala dan Tayangan Perdana filem Gayong di GSC Mid Valley, malam tadi.

Menurut Beto, antara wajah baharu yang dilihat ada potensi besar ialah Fad Anuar, anak saudara kepada pelakon lagenda Eman Manan.

Malah katanya, ramai lagi bakat muda sedang muncul menerusi projek-projek baharu.

“Kita ada Fad Anuar. Mungkin juga ada bakat-bakat lain dari generasi lebih muda, contohnya daripada produksi macam Kahar High Council.

“Tapi saya tetap harap, walau sehebat mana pun aksi atau silat yang dipersembahkan, asas lakonan tetap kena padu. Itu benda paling penting,” tegasnya.

Beto yang memegang watak utama dalam Gayong, sempat menitipkan pesanan kepada barisan pelakon muda agar datang ke set penggambaran dengan persediaan penuh, bukan untuk ‘belajar dari kosong’.

“Kalau boleh bersilat tu, memang satu bonus. Tapi bila dah masuk set, itu masa untuk deliver, bukan masa untuk belajar. Lakonan kena mantap dulu, barulah jadi pakej yang lengkap,” jelasnya.

Untuk info, Beto membawa watak sebagai Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman, pengasas seni bela diri Silat Gayong, dalam filem biopik berjudul Gayong.

Filem tersebut mengangkat kisah perjuangan Allahyarham ketika era penjajahan Jepun, termasuk babak menyelamatkan penduduk di Pasir Ria.

“Garis masa dan cerita yang dibawa memang berdasarkan sejarah sebenar. Kita cuma tambah sedikit elemen dramatik supaya lebih sesuai dengan bentuk filem.

“Tapi tak pernah sekalipun kami berniat nak merendahkan tokoh hebat ini atau keluarganya. Kami betul-betul nak angkat nama dan sumbangan Allahyarham,” ujar Beto yang sudah mengenali Silat Gayong sejak usia tujuh tahun.

Filem Gayong bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 8 Mei ini. Naskhah arahan Faisal Ishak ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Nabila Huda, Syafie Naswip, pelakon aksi terkenal Indonesia Yayan Ruhian dan aktor Thailand, Chevanon Phukaokaew.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Oct 2025

“Memang Orang Yang Selalu Diganggu Perlu Ada Pendinding Tapi…” – Ara Johari

Penyanyi dan pelakon, Ara Johari, tampil memberi pandangannya berhubung dakwaan kononnya wujud unsur ‘buatan orang’ dalam pertandingan nyanyian.

Featured Tue, 7 Apr 2026

Luang Masa Bersama Hawra, Kamal Adli Ucap Terima Kasih Pada Uqasha Senrose – “Alhamdulillah, Thank You So Much Ibu!”

Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa syukur dan gembira apabila dapat meluangkan masa bersama anak tunggalnya, Hawra Uqaira.

Kes Mahkamah Tue, 29 Aug 2023
Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Mass Factorz Mahu Sertai ‘Night Walk’ Atas Permintaan Sendiri, Roslan Shah Nafi ‘Tunggang’ OKU Demi Content

Nafi menggunakan OKU demi content, Roslan Shah menjelaskan penyertaan Mass Factorz adalah atas permintaannya sendiri.

Hiburan Fri, 25 Aug 2023
Hiburan Wed, 5 Jun 2019
Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Madonna Just Turned 60 but Still Looking Hot as Ever

She celebrated her birthday in style too.

Hiburan Tue, 10 Apr 2018

Konsert Bruno Mars Kongsi Tarikh Dengan PRU-14

Konsert Bruno Mars di Kuala Lumpur dijadualkan berlangsung jam 8.30 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Hiburan Wed, 9 May 2018

Selebriti Kongsi Gambar Jalankan Tanggungjawab Undi PRU14

Laman Instagram Selebriti kali ini meriah dimana rata-rata berkongsi gambar dakwat di jari menandakan yang undi telah dibuat

error: Content is protected !!