Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida July 20, 2018 @ 9:44am

Selit Dadah Dalam Coli, Dua Rakyat Malaysia Kena Cekup Di Jepun

Ditemui dalam keadaan mencurigakan, dua warga Malaysia ditahan Jabatan Polis Metropolitan dan Kastam Tokyo di Lapangan Terbang Haneda, semalam.

Badan Kawalan Jenayah Terancang di sana mendapati kedua-dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu membawa lapan paket dadah dianggarkan seberat 1.5 kilogram dengan nilai kira-kira 90 juta Yen (RM3,251,440).

Menurut laporan portal tempatan Jepun, The Asahi Shimbun, dua wanita itu dipercayai cuba menyeludup dadah yang disorokkan dalam pakaian dalam.

Kedua-dua wanita berkenaan mengaku menyeludup dadah ‘Stimulant’ dengan menyembunyikan dalam tuala wanita dan coli yang dipakai mereka dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Haneda.

Difahamkan, kedua-dua wanita berkenaan adalah rakan sekerja di sebuah hotel berkata, mereka pertama kali datang ke Jepun dengan visa jangka pendek.

Mereka diberikan dadah disyaki oleh seseorang yang mengarahkan mereka di Kuala Lumpur, dakwa Jabatan Polis Metropolitan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Oct 2025
Trending Sun, 14 Nov 2021

“Tak Tinggal Sebumbung? No Comment” – Siti Saleha Enggan Ulas Lanjut Masalah Perkahwinan

Pelakon Siti Saleha, 31, menganggap isu rumah tangga yang menimpa dirinya sebagai satu ujian. Memfailkan perceraian terhadap suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 35, pada 13 Oktober lalu, Saleha meminta agar semua pihak menghormati ruang peribadinya. ARTIKEL […]

Hiburan Tue, 3 Mar 2026

“Saya Tak Ikuti Perjalanan Hidup Dia” – Erma Fatima Nafi Karya Baharu Ada Kaitan Dengan Da’i Syed

“Apa yang berlaku kepadanya, saya sendiri tidak pasti kesahihannya” – Erma Fatima

Cahaya Mata Tue, 11 Oct 2022
error: Content is protected !!