Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 4, 2025 @ 3:53pm

Idea Live Arena Bakal Jadi Pemacu Baharu Industri Hiburan Negara

Arena konsert dan acara tertutup terbesar dalam pusat beli-belah di Malaysia, Idea Live Arena yang terletak di dalam 3 Damansara telah dilancarkan secara rasmi baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, pelancaran fasiliti berkenaan selari dengan inisiatif Concert and Event in Malaysia Incentives (CEMI) yang merupakan insentif dalam bentuk rebat kewangan yang diperkenalkan bagi merangsang penganjuran acara dan konsert berskala besar di negara ini.

“Ia merupakan lokasi konsert terbaharu dan boleh dikatakan ini adalah ‘venue’ konsert dan acara dalam pusat beli belah yang terbesar di Malaysia. Idea Live Arena boleh memuatkan sehingga 7,000 penonton dan dilengkapi dengan peralatan terbaharu bersesuaian untuk mengadakan konsert, pameran dan sebagainya.

“Kita mengalu-alukan fasiliti begini terutamanya untuk membangunkan industri kreatif negara, tapi bukan saja dari segi hiburan malah pendidikan di mana kita mahu menjadikan Malaysia sebagai hab bagi perniagaan hiburan serantau.

“Seperti mana diumumkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil baru-baru ini mengenai inisiatif baharu dinamakan CEMI untuk menarik lebih banyak acara konsert di Malaysia dan pada masa sama membantu artis tempatan mengadakan konsert mereka di sini,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Idea Live Arena, baru-baru ini.

Terletak di pusat beli-belah 3 Damansara, acara pelancaran disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), Tan Mei Phing.

Menurut Azmir, meskipun baharu dilancarkan, Idea Live Arena sudah pun menerima sambutan hangat daripada penganjur acara.

“Saya difahamkan walaupun baru sahaja dilancarkan, tempahan sudah penuh sehingga hujung tahun. Seperti mana kita menggalakkan penonton menonton filem di wayang sama juga dengan industri muzik, kita mahu penonton menikmati muzik di lokasi yang kondusif,” katanya.

Membabitkan pelaburan bernilai RM40 juta, arena ini menjalani proses naik taraf menyeluruh meliputi struktur fizikal, reka bentuk dalaman serta pemasangan sistem teknikal terkini.

Menawarkan kapasiti maksimum 5,000 tempat duduk atau 7,000 penonton dalam format berdiri dan duduk, Idea Live Arena dilengkapi sistem audio, pencahayaan dan visual bertaraf antarabangsa.

Fasiliti tambahan seperti ruang legar sambutan yang luas, bilik persalinan artis lengkap serta lima kotak VIP eksklusif menjadikan lokasi ini antara venue acara paling moden di Malaysia.

Majlis pelancaran diserikan dengan persembahan memukau Datuk Sheila Majid yang menyampaikan lagu-lagu hits seperti Warna, Legenda dan Sinaran, sekali gus menonjolkan kehebatan sistem akustik dan visual arena berkenaan.

Pelancaran ini juga memperlihatkan komitmen Idea Live Arena dalam menyumbang kepada pembangunan infrastruktur hiburan negara, dengan menyediakan ruang yang menepati standard global.

Kehadiran Idea Live Arena dijangka merancakkan aktiviti ekonomi di kawasan sekitar Petaling Jaya dengan menarik lebih ramai pelawat, pemain industri dan pelancong ke lokasi ini.

Lokasinya yang strategik di dalam pusat beli-belah 3 Damansara turut berpotensi menghidupkan kembali suasana bandar dan menambah jumlah kehadiran pengunjung ke kawasan itu.

Inisiatif ini juga seiring dengan matlamat negara untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya dan hiburan utama, bertepatan dengan kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026).

Dengan segala kelebihan yang dimiliki, Idea Live Arena bersedia memainkan peranan penting dalam memperkasa industri hiburan tanah air dan menarik minat pelancong dari rantau serantau serta antarabangsa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 13 Jun 2018

Raya Ini, Sediakan Payung Sebelum Hujan!

Pada sebelah petang, hujan dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, beberapa bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Sibu, Mukah dan Bintulu, serta di Sabah iaitu Kudat dan Sandakan, menurut kenyataan yang dipaparkan menerusi laman sesawang jabatan itu hari ini.

Featured Sun, 17 Apr 2022

“Lagu Ini Ada Kaitan Dengan Kisah Peribadi Saya” – Hael Husaini Harap Single Sama Seperti Dulu Diterima Peminat

Kejayaan demi kejayaan telah diraih oleh penyanyi popular Malaysia, Hael Husaini.  Walaupun baharu sahaja empat bulan single ‘Kelentang Kelentong’ ciptaannya bersama rakan komposer, Ezra Kong dilancarkan, dengan lebih dari 6.4 juta tontonan di YouTube, beliau […]

Hiburan Tue, 28 Aug 2018

“Bukan Berpura-pura, Anak Muda Memang Suka Tengok Buah Dada” – Iqram Dinzly Beri Komen Padu Pada Netizen

Niat sebenar beliau bukanlah untuk berlaku biadap sebaliknya dia kagum dengan transformasi yang dibawa oleh Uqasha dalam membawakan watak tersebut.

Featured Fri, 26 Jul 2024

Rita Rudaini Dakwa Tindakan SUHAKAM Tidak Adil? – “Mana Hak Asasi Arwah Zulfarhan?”

Min setuju dengan Rita! Min rasa isu ni dah settle. Tinggal lagi kes buli ni memang patut dihentikan segera!🔥💥

Hiburan Tue, 20 Feb 2024
Hiburan Thu, 23 Nov 2023

24 Tahun Di Amerika Syarikat, Datuk Shake Masih Fasih Bahasa Melayu

“Saya anak Johor, mana mungkin saya lupa bahasa ibunda” – Datuk Shake

Hiburan Fri, 30 Sep 2022
error: Content is protected !!