Euforia Bola 2026
Trending By: Padin May 6, 2025 @ 2:36pm

KSIA Perluas Empayar di Asia Tenggara Menerusi KamiSempoi Golden Award 2024, Perkenal Label Muzik Sendiri

KamiSempoi International Agency (KSIA), agensi TikTok tempatan yang terus unggul di pentas serantau, bakal menganjurkan KamiSempoi Golden Award 2024 pada 12 Mei ini di Galaxy Banquet Hall, Kuala Lumpur sebagai pengiktirafan kepada para live host dan rakan niaga yang menyumbang kepada kejayaan agensi tersebut.

Pengasasnya, To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Chin Swee berkata, peningkatan jumlah kategori tahun ini membuktikan pertumbuhan dan kepercayaan komuniti terhadap KSIA. Tahun ini menyaksikan 27 kategori dipertandingkan termasuk tiga anugerah baharu khas untuk wakil dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.

“Jumlah live host kami kini mencecah 3,100 di Malaysia, 1,400 di Indonesia dan 100 di Singapura. Peningkatan ini jauh lebih besar berbanding tahun lalu,” katanya.

Anugerah tersebut juga akan meraikan pencapaian live host KSIA seperti Adelyn Heng yang berada dalam kelompok Top 3 Asia Tenggara dan Top 100 dunia, serta tiga rakan niaga – BossKlan, KSIA Christ dan Mentol Talent – yang mencatat pendapatan diamond tertinggi sepanjang tahun lalu.

Dalam pada itu, KSIA turut mengumumkan perancangan melancarkan label muzik rasmi mereka, dengan lagu sulung berjudul “KamiSempoi” hasil ciptaan Kimchi Kacak, yang akan dipersembahkan oleh penyanyi dan live host KSIA, Bulan Asyraff.

Bulan Asyraff, yang pernah bergelar busker jalanan, kini dikenali di peringkat serantau selepas kejayaan menjadi Naib Juara Gimme The Mic, program realiti kerjasama TikTok dan Astro.

“Beliau contoh terbaik bakat yang berkembang apabila diberi platform yang betul,” ujar Pakcik Chin Swee.

KSIA juga merancang membuka cawangan baharu di Sabah bagi menampung permintaan tinggi dari Borneo serta memperkukuh kehadiran mereka di Asia Tenggara dan seterusnya ke seluruh Asia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Tue, 8 Nov 2022

“So Many Sotong Terdampar Here, Nanti Kena Ketumbit Mata”- Noorkhiriah Nasihatkan Anak Gara-Gara Melihat…

Pelakon dan pelawak terkenal, Noorkhiriah menasihati anak lelakinya supaya menjaga batas penglihatan. Lebih menghiburkan, Khiriah dengan selamba menyamakan wanita asing sebagai seekor sotong yang sedang terdampar di persisiran pantai.   View this post on Instagram […]

Trending Wed, 31 Mar 2021
Featured Mon, 20 Nov 2023
Trending Wed, 17 Jan 2018

Kurangkan Iklan Di ‘News Feed’, Mark Zuckerberg Tanggung Kerugian Hampir RM12 Bilion

Kurangkan Iklan Di ‘News Feed’, Mark Zuckerberg Tanggung Kerugian Hampir RM12 Bilion

Featured Wed, 29 May 2024
Featured Thu, 6 Mar 2025

“Jika Khilaf Saya Perlu Minta Maaf” – Siti Nurhaliza

Siti menegaskan bahawa seseorang tidak perlu berasa segan untuk memohon maaf apabila melakukan kesilapan.

error: Content is protected !!