Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 7, 2025 @ 8:11pm

Manis Berhijab, Netizen Puji Sharifah Sakinah Nampak Lebih Tenang Selepas Kahwin Baru – “Semoga Ini Jodoh Terbaik”

Pelakon, Sharifah Sakinah mencuri tumpuan selepas berkongsi sebuah foto manis memakai hijab di akaun media sosial miliknya.

Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Sharifah atau nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 36, berkongsi foto sedang menikmati Harum Manis.

Namun begitu, raut wajahnya yang kelihatan ‘mulus’ tanpa menggunakan sebarang alat solek, selain memakai tudung menerima pujian ramai.

Ada yang menyifatkan Sakinah seolah-olah nampak lebih tenang selepas mendirikan rumah tangga buat kali ketiga.

April lalu, Sakinah mengesahkan dirinya sudah berkahwin lagi, namun enggan mendedahkan identiti suaminya.

Harian Metro melaporkan majlis pernikahannya itu difahamkan berlangsung di ibu kota secara tertutup, selain hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan artis.

Sekadar info, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha, pada 2015 sebelum mereka berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Anais Adha yang kini berusia lapan tahun.

Malah, Sakinah pernah berkahwin buat kali kedua bersama jejaka berasal dari Sweden iaitu Michael Hansen pada 2021, namun bercerai pada penghujung 2023, namun mereka tidak dikurniakan zuriat.

Artikel Berkaitan: Rahsiakan Identiti Suami, Sharifah Sakinah Sah Kahwin Kali Ketiga

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 22 Jan 2020
Featured Wed, 9 Apr 2025

“Usaha Tak Pernah Khianati Hasil” – #SudahJalanKaBelum Ternyata Berkesan, Berat Badan Uyaina Arshad Turun 16 Kilogram

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad meluahkan rasa bangga apabila usahanya untuk mendapatkan berat badan ideal akhirnya membuahkan hasil.

Trending Mon, 14 Sep 2020

Semua Sekolah Di Kedah Bakal Ditutup

Sama-sama kita tunggu pengumuman nya okay!

Hiburan Thu, 28 May 2026

Video Rawatan Kecantikan Tular, Julia Farhana Didakwa Tanggal Tudung? Foto ‘Free Hair’ Profil IG Cetus Spekulasi

Julia juga dipercayai sudah menukar foto profil IG miliknya menggunakan gambar ‘freehair’. 

Hiburan Mon, 13 May 2019

Mahu Fokus Anak, Linda Hashim Belum Terfikir Nak Aktif Berlakon Semula

Linda melakukan aktiviti seperti bertungku, tangas, berurut dan mandi rempah setiap hari. Patut cun kan?

Featured Wed, 18 Sep 2024

Fazura Mohon Dilepaskan Cara Baik, Tarikh Sebutan Kes Masih Belum Ditetapkan

Apapun, moga yang terbaik buat keduanya👀❤️

Featured Mon, 15 Jun 2026

Siti Nordiana Berat Hati Lepaskan Anak Lanjut Pelajaran – “Saya Kena Kuat Semangat”

Siti Nordiana mengakui perlu kuat semangat apabila terpaksa berjauhan dengan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie

Hiburan Sun, 2 Oct 2022
Hiburan Tue, 10 Sep 2019

Mnet’s Under Fire Again, This Time It Happened Back Stage

When it comes to Mnet; another day, another drama.

Featured Fri, 28 Mar 2025

‘Anugerah Hati’ Dedikasi Suki Low Buat Anak Autisme

Suki Low berbesar hati dapat mempersembahkan ‘Anugerah Hati’, sebuah lagu yang didedikasikan kepada kanak-kanak autisme.

error: Content is protected !!