Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 13, 2025 @ 6:52pm

Muzik & Visual ‘Next Level’, Dolla Kembali Gegarkan Dunia Muzik Dengan ‘Mwa!’

Kumpulan pop sensasi tanah air, Dolla kembali mencuri perhatian dengan pelancaran single terbaharu mereka bertajuk ‘Mwa’ sebuah lagu yang penuh bertenaga yang menampilkan ekspresi kreatif yang segar dan berani.

Pelancaran ini turut diserikan dengan video muzik dinamik yang menampilkan jenama kenderaan Omoda Jaeco sebagai penaja rasmi, menjadikan momen ini sebagai titik permulaan era baharu buat kumpulan yang dianggotai oleh tiga anak gadis ini.

Sementara itu, lagu Mwa merupakan hasil gubahan Chelsea Warner, Gaston Roland, Lim Shi Jie, Tabby, Sabronzo, dan Angel, serta diterbit dan disusun oleh Gaston dan Roland Lim.

Menurut Angel, selain berasa teruja, kerjasama ini juga dianggap sebagai satu proses kreatif yang menyeronokkan.

“Kami sangat teruja dapat bekerjasama semula dengan pasukan produksi ini. Sesi di studio bersama Gaston sangat lancar dan dipenuhi eksperimen muzik. Ia satu proses kreatif yang amat menyeronokkan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DOLLA (@dolla.official)

Dalam pada itu, Angel juga memuji Chelsea Warner yang memberikan sumbangan besar kepada pembentukan melodi utama lagu ini.

“Apa yang lebih istimewa, semua ahli Dolla turut terlibat secara mendalam dalam pembikinan lagu ini sekaligus menjadikan ia lebih bermakna buat kami,” tambahnya.

Video muzik MWA! diarahkan oleh pengarah tempatan terkenal, Jasmine Wong, dan menampilkan setiap anggota Dolla sebagai watak ‘pakar ilusi’ dalam misi yang mendebarkan.

Manakala, elemen aksi, fesyen berani, dan naratif kreatif menjadi teras utama kepada visual yang dibawa.

“Sabronzo memainkan peranan sebagai pemain kad, Tabby sebagai dalang utama, dan saya sebagai pejuang.

“Konsep kali ini lebih liar dan tidak dijangka dan ia sangat berbeza daripada karya kami sebelum ini,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DOLLA (@dolla.official)

Tambah Sabronzo, lagu ini pada asalnya tiada demo penuh dann sekadar idea asas.

“Lagu ini bermula hanya dengan satu idea asas dan tiada demo penuh.

“Kami kembangkan idea itu secara berperingkat, dan hasil akhirnya benar-benar menggambarkan visi kami,” ujarnya.

Dengan produksi yang mantap, visual berani dan semangat yang diperbaharui, MWA! menandakan permulaan era baharu buat Dolla.

Lagu ini boleh didapati di semua platform digital mulai 5 Mei 2025, manakala video muziknya boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube rasmi DOLLA.

Terdahulu, sebagai kemuncak pelancaran, The Mwa Heist mengambil alih kawasan Bukit Bintang pada 10 Mei dengan aktivasi istimewa di Bukit Yayasan Selangor.

Acara ini menampilkan pengalaman imersif yang menghidupkan video muzik tersebut melalui pelbagai aktiviti menarik  termasuk persembahan tarian rawak, pameran visual, dan persembahan pertama MWA! secara langsung oleh Dolla.

Ia merupakan satu bentuk pengambilalihan eksperimental yang menggabungkan muzik, seni dan interaksi secara langsung dengan peminat di jalanan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 29 Nov 2020
Hiburan Mon, 18 Mar 2024

Isu Khalwat, Rakan Baik Yakin Ruhainies Tak Buat Perkara Terkutuk – “Kini Dia Lebih Banyak Diam”

‘Dia seorang yang baik, sopan-santun dan lemah-lembut…’ – Rakan baik Ruhainies

Trending Sat, 17 Mar 2018

Maut Ketika Swafoto, Tertembak Atau Ditembak?

Sebaik kejadian itu berlaku, mangsa Vijay Singh yang bergambar dengan rakan dikenali sebagai Monu telah melarikan diri.

Trending Fri, 13 Sep 2019

#Haze Is Trending On Twitter, Here’s The Prove Why It Is Getting Worse Than Before

Dear Malaysians, please look at what Malaysia has turned to..

Hiburan Thu, 18 Apr 2019

‘ Saya Belum Sampai Tahap Jadi Ustaz’- Syafiq Kyle Harap Penonton Faham

Jangan fikir saya seperti Ustaz Adam yang imannya betul-betul kukuh…

Hiburan Tue, 1 May 2018

Adik Kahwin Dulu? Tasha Okay Saja!

“Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana saya percaya, sampai masa saya juga akan meninggalkan zaman solo dan memulakan hidup berumah tangga,” katanya.

error: Content is protected !!