Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 16, 2025 @ 4:01pm

Muat Naik Status ‘I’m Tired’, Netizen Titip Kata Sokongan Pada Fazura

Pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura mencuri tumpuan selepas memuat naik status di platform Threads miliknya.

Menerusi ciapan tersebut, Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, 41, mengakui dirinya terasa penat.

Walaupun tidak menyatakan dengan lebih terperinci, namun ramai dalam kalangan netizen seakan memahami isi hati aktres filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu yang kini terpalit dakwaan syarikat tudung Fazura berhutang lebih RM4 juta.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat kepada ibu anak satu itu untuk terus cekal dan tabah menghadapi ujian kehidupannya.

Semasa artikel ini ditulis, status bekas aktor popular Fattah Amin itu meraih sebanyak 3,000 tanda suka dan lebih 500 maklum balas di mana netizen menyatakan rasa sayang mereka terhadap Fazura.

Fazura turut berkata anak perempuannya, Nur Fatima Aisya adalah permata hatinya yang menyuntik semangat dalam diri.

Meskipun nama syarikat tudungnya terpalit dakwaan berhutang, namun Fazura masih kekal mengunci mulut dan tidak memberi sebarang respons berhubung isu tersebut.

Artikel Berkaitan: Individu Wanita Jadikan Fazura Idola, Empunya Badan Beri Pesanan — “Kalau Dah Rasa Kosong, Itu Petanda Dah Nekad Sehabisnya”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dituduh Sindir Fazura, Janna Nick Tampil Bersuara – “Yang G*la Itu Saya!”

Artikel Berkaitan: Pembekal Tudung Dapat Cek Tendang, Dakwa Syarikat Tudung Fazura Berhutang Lebih RM4.65 Juta?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 Jan 2023

Tayang ‘Six Pack’ Di TikTok… Atiq Azman Undang Komen Nakal, Peminat ‘Menggelupur’ Tak Senang Duduk

Pelakon kacak, Atiq Azman semakin berani mempamerkan bentuk badan yang sasa di media sosial. @therajaatiqullahSyok sendiri ke tu ♬ Dc usss – Brooke 👩🏼‍🎤 Terbaharu, Atiq telah memuat naik satu hantaran di TikTok dengan menayangkan […]

Featured Mon, 21 Mar 2022
Hiburan Wed, 9 Oct 2019

BTS Sumbang Berbillion Ringgit Buat Korea Selatan!

Wow, bukan sikit ya jumlah yang disumbangkan!

Kisah Viral Sun, 7 Aug 2022
Hiburan Fri, 3 Jan 2020

Jakarta Banjir, Ruben Onsu Tutup 30 Cawangan Restoran

Selebriti terkenal ini memiliki banyak cawangan restoran Geprek Bensu bukan sahaja di Indonesia malah di Hong Kong, Taiwan dan Amsterdam.

Trending Mon, 18 Sep 2023
Trending Fri, 9 Nov 2018

Pungut Dari Tempat Sampah, Remaja Mabuk Air Rebusan Tuala Wanita

Remaja Mabuk Air Rebusan Tuala Wanita Pungut ‘Buangan’ Dari Tempat Sampah

Hiburan Wed, 3 Jan 2018

“Inilah Jodoh Dunia dan Akhirat Saya “

gambar di Instagram, Fattah Amin menyuarakan rasa syukurnya kerana memperisterikan Fazura.

error: Content is protected !!