Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin June 4, 2025 @ 5:45pm

Penyanyi Popular Ditahan Polis Terpalit Kes Amang S*ksual Babitkan Remaja 17 Tahun

Penyanyi dan pelakon popular dilaporkan ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan pada Selasa.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah hotel di Selangor melibatkan mangsa seorang remaja berumur 17 tahun.

Difahamkan, penyanyi tersebut dan remaja berkenaan mula berkenalan di sebuah kafe yang merupakan tempat kerjanya.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, selepas pertemuan itu suspek dan mangsa ada bertemu beberapa kali.

Siti Kamsiah berkata, suspek kemudiannya bertemu dengan mangsa di sebuah hotel sebelum kejadian tersebut berlaku.

“Ketika dalam pertemuan itu suspek melakukan perbuatan amang seksual fizikal kepada mangsa.

“Suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu,  Siti Kamsiah memaklumkan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Jul 2025
Trending Wed, 27 Apr 2022
Events Thu, 24 Apr 2025

Kepimpinan Baharu MDA 2025-2026: Siap Sedia Terajui Evolusi Industri

Persatuan Digital Malaysia (MDA) telah mengumumkan barisan kepimpinan utama bagi penggal 2025-2026.

Hiburan Mon, 18 Jun 2018

刘家昌915最后一次来马开唱

华语乐坛75岁「音乐教父」刘家昌睽违12年再度莅临马来西亚开唱!这除了是他首次于马来西亚举办万人演唱会,也将是最后一次在马来西亚以演唱会的形式与歌迷做音乐的交流。

Hiburan Fri, 22 Nov 2019
Hiburan Wed, 7 Feb 2024

Anak-Anak Trauma, Tak Izin Shuhada Kahwin Lagi? – “Memang Ada Yang Mendekati Tapi…”

Inshaa-Allah, jodoh yang baik akan datang pada waktu yang tepat❤️

Featured Fri, 2 Dec 2022

Muat Naik Video Menari, Ramai Impikan Badan Langsing Seperti Diana Danielle

Perkongsian pelakon jelita Diana Danielle yang memuat naik sebuah video di laman TikTok baru-baru ini berjaya menarik perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Diana yang memakai dress hitam sedang menari mengikut trend TikTok terkini menggunakan lagu […]

Hiburan Mon, 12 Aug 2019
error: Content is protected !!