Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 5, 2025 @ 6:05pm

“Artis Sendu.. Konon Kata Single Tapi Realiti Sondol Suami Saya” – Individu Dakwa Nazeera Sardi Perosak Rumah Tangga?

Pelakon Nazeera Sardi berdepan kontroversi panas apabila seorang wanita tampil mendakwa rumah tangganya diganggu selebriti berkenaan.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, wanita terbabit berkongsi tangkapan skrin akaun TikTok milik Nazeera sambil membuat tuduhan pedas, menyifatkan aktres itu sebagai ‘penyondol’ suami orang.

“Siapa peminat artis sendu ni? Tolong kirim salam. Katanya ada bisnes sendiri, duit banyak. Tapi kenapa masih nak ganggu rumah tangga orang?

“Konon muat naik status single, tapi realiti… sondol suami saya,” tulis wanita berkenaan, yang jelas kecewa dengan tindakan pihak ketiga itu.

Pendedahan itu sekali gus mencetuskan spekulasi dan perbualan hangat dalam kalangan netizen yang terkejut dengan pendedahan mengejut tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, Nazeera atau nama sebenarnya Siti Nazirah Sardi, 38, masih belum memberikan sebarang maklum balas atau penjelasan terhadap tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya.

Nama Nazeera sebelum ini dikenali menerusi beberapa drama popular tempatan, dan turut aktif sebagai usahawan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Oct 2025

Hanya Elak Tawaran Sensitif, Floor 88 Sangkal Dakwaan Tolak ‘Show’ Kerajaan

Floor 88 hanya menolak tawaran yang tidak bersesuaian dengan prinsip kumpulan mereka.

Hiburan Wed, 20 Feb 2019

Mahu Cabar Diri, Elisya Sandha Jadi Anggota Bomba?

Kata Elisya, Memang mencabar tapi seronok!

Featured Fri, 19 Aug 2022
Events Thu, 6 Mar 2025

Bantu Golongan Memerlukan, Media Prima Berhad & Nestle Malaysia Agih 1,300 ‘Kotak Rezeki Dari Hati’

Inisiatif ini tuut mendapat sokongan ramai pihak dan jenama Lokal.

Trending Wed, 19 Aug 2020

Penjara 3 Tahun Atau Denda RM20,000 Gara-Gara Pasang Bendera Malaysia Terbalik

Ingat! Jangan sesekali pasang bendera terbalik. check dulu okay!

error: Content is protected !!