Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 28, 2025 @ 4:06pm

“Gaji Pekerja 400 Orang Sahaja Dah RM880,000… Kau Nak Bayar?” – Aliff Syukri Perjelas Tindakan Mengamuk Dengan PA

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri menjelaskan tindakannya mengamuk di media sosial baru-baru ini adalah disebabkan sikap pekerjanya sendiri.

Menerusi beberapa video perkongsian di TikTok, Aliff berkata, dalam perniagaan semuanya harus dilakukan dengan cepat jika tidak mahu peluang diambil oleh orang lain.

Jelasnya, tindakan melambat-lambatkan kerja akan menganggu perniagaan malah kos kerugian juga terpaksa ditanggungnya.

“Aku punya pekerja lambat packing aku bising, lambat bayar gaji aku bising, lambat bayar kontraktor aku bising. Dalam perniagaan awak lambat orang lain masuk. Walaupun satu  minit.

“Kalau anda semua nak tahu, orang yang berniaga bagus ni mereka bangun pukul 5 pagi. Pekerja aku bukan satu orang atau dua orang tetapi 400 orang aku nak kena bayar. 400 orang  apa akan jadi. Bayar sst lain, tax lain, kwsp lain, socso lain, insurans lain, holiday lain..Kau tengok 400 orang pekerja kita kira gaji murah RM2,000, socso RM200 x 400 orang semuanya RM880,000 nak bayar gaji dik. Ini untuk semua orang.

“Kau bayangkan, kalau production lambat, kena bising. Sama sahaja dik. Tak ada orang nak kena bising. Tapi kalu hari-hari aku nak biarkan lambat, pekerja aku pun naik minyak, kau nak bayar gaji pekerja aku?,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff juga berkata, dia tidak kisah jika orang di luar sana melabel dirinya sebagai seorang yang garang kerana tanggungjawab sebagai ahli perniagaan bukanlah mudah.

“Sekarang ni kamu semua kutuk aku, garang lah, meroyan lah, kuat maki lah, musibat lah, tapi kau orang semua duduk dekat tempat aku.

“Kenapa saya jadi garang, penghantaran barang pun kalau lewat lima  minit saya yang kena penalti. Dalam busines memang macam tu dik, dia tak tunggu kau. Jadi sebagai majikan saya kaan marah kalau orang buat lambat,” jelasnya.

Sebelum ini, Aliff meluahkan rasa bengang apabila kedua-dua pekerjanya itu datang lambat k etempat kerja sehingga mengakibatkan dia kehilangan jualan berjumlah RM30,000 gara-gara tidak dapat melakukan sesi siarang langsung di TikTok.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Feb 2026

Azmi Saat Pertaruh ‘SATU’, Buka Lembaran Baharu Sebagai Penyanyi Solo

Bakal dilancarkan pada Februari ini, SATU merupakan hasil ciptaan komposer dan penyanyi terkenal, Naqiu

Featured Tue, 10 Dec 2024

Zahnita Wilson Syukur Dapat Perintah Perlindungan Interim, Nekad Tuntut Cerai Secara Fasakh

Keputusan itu membuatkan dia merasa lebih bebas untuk keluar bersama anak-anak.

Trending Fri, 11 Jun 2021
Hiburan Wed, 26 Dec 2018

Julia Farhana Berjuang Bantu Pesakit Mental

Bagusnya Julia, ini antara sikap selebriti yang wajar kita contohi. Terbaiklah!

Hiburan Fri, 28 Jul 2023
Trending Tue, 24 Jul 2018
Trending Sat, 27 Oct 2018

“Sampai Korea Pukul 8 Pagi, 4.30 Petang Kena Hantar Balik Malaysia,”

“Sampai Korea Pukul 8 Pagi, 4.30 Petang Kena Hantar Balik Malaysia,” Lelaki Kongsi Pengalaman Trauma Melancong Sebab 1 Kesilapan

error: Content is protected !!