Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 1, 2025 @ 4:45pm

Scha Elinnea Luka & Lebam Demi ‘Anak-Anak Mafia’

Demi menjayakan watak dalam drama aksi Anak-Anak Mafia, pelakon Scha Elinnea sanggup berdepan risiko cedera apabila mengalami beberapa luka kecil dan kesan lebam di tangan serta kaki.

Menurut Scha, atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 26, kecederaan itu berpunca daripada babak pertempuran yang memerlukan dia melakukan banyak aksi lasak menggunakan tangan dan kaki.

“Banyak babak aksi yang saya perlu lakukan sendiri. Saya berlawan sambil memakai but, jadi memang kerap juga terjatuh dan tersungkur. Kebanyakan luka kecil dan lebam ini berlaku di bahagian tangan dan kaki.

“Selalunya saya berlakon dalam cerita cinta, mana nak dapat lebam-lebam macam ni,” katanya berseloroh.

Scha berkata demikian ketika ditemui di sesi bersama peminat drama Anak-Anak Mafia berlangsung di WTC Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Scha turut meluahkan rasa syukur apabila dibantu rakan-rakan pelakon lelaki seperti Mierul Aiman, Fitri Farok, Fariz Isqandar dan Zhen Ning sepanjang penggambaran.

“Saya satu-satunya pelakon wanita dalam drama ini. Mujur rakan pelakon lain banyak membantu, terutamanya ketika menjayakan babak lawan. Mereka memang banyak beri sokongan,” jelasnya.

Walaupun ini pengalaman pertama tampil dalam naskhah berunsur aksi, Scha tidak menolak untuk menerima lebih banyak watak seumpama itu pada masa depan.

“Saya anggap ia sebagai satu cabaran dan pengalaman baharu. Kalau ada lagi tawaran untuk genre aksi, saya okey saja. Seorang pelakon kena bersedia untuk pelbagai watak,” katanya.

Drama Anak-Anak Mafia kini boleh ditonton menerusi platform penstriman Tonton sejak 12 Jun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 8 Dec 2024

Kerja Keras 40 Tahun Terbalas! Baru Terima Pengiktirafan Pelakon Wanita Terbaik Asia Tenggara, Susan Lankester Gembira Rangkul Trofi FFM 33

Susan Lankester gembira terima trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival FIlem Malaysia ke-33 (FFM 33)

Featured Fri, 26 Aug 2022

“Saya Dapat Jemputan, Tapi…” – Beto Kusyairy Sahkan Turut Tak Hadir Malam Gala Mat Kilau Di Indonesia

Ramai juga yang tidak hadir untuk malam gala Mat Kilau di Indonesia hari ni..

Hiburan Wed, 24 Jul 2019

Johan Mengaku Silap?

Kesian Johan..

Featured Fri, 3 Jan 2025
Featured Wed, 8 Dec 2021

Bayi Perempuan 4 Bulan Lemah, Pucat Sebelum Meninggal Dunia

Seorang bayi perempuan berusia empat bulan yang dilaporkan lemah ketika berada di rumah pengasuhnya, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban pada Selasa. Terdahulu, pengasuh itu menghubungi ibu bayi itu pada […]

Hiburan Wed, 18 Dec 2024
Hiburan Fri, 12 Sep 2025
error: Content is protected !!