Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 9, 2025 @ 1:39pm

Haliza Maysuri Sambut Birthday Ke-48… Kek Berharga RM14,800 & Busana Lebih RM151,000 Curi Tumpuan!

Nama usahawan sensasi, Haliza Maysuri sekali lagi meniti di bibir ramai apabila sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-48 berlangsung penuh gemilang malam tadi mencuri tumpuan.

Dua elemen utama dalam majlis itu iaitu sebiji kek mewah dan busana eksklusif kini hangat diperkatakan wargamaya, bukan sahaja kerana keunikan rekaannya, tetapi juga harga luar biasa yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Kek Tiga Tingkat Bertatahkan 12,000 Kristal Swarovski

Menjadi simbolik kepada identiti dan perjalanan Haliza sebagai pengasas jenama tudung Bawal Exclusive, kek ulang tahun bertema The Glamorous Crown Cake Haliza Maysuri 48 mencuri perhatian ramai. Kek tiga tingkat ini menampilkan rekaan menyerupai alunan fabrik tudung bawal yang lembut dan eksklusif, dihiasi mewah dengan 12,000 butir kristal Swarovski.

Mahkota mewah di bahagian atas kek dijadikan sebagai titik tumpu utama, melambangkan kedudukan Haliza dalam dunia fesyen Muslimah tempatan. Setiap lapisan kek pula direka seolah-olah mengalun seperti lipatan kain tudung yang sinonim dengan jenama yang diusahakan olehnya.

Lebih mengagumkan, kek ini mengambil masa 64 jam untuk disiapkan sepenuhnya dan dianggarkan bernilai RM14,800, sekali gus menjadikannya antara kek ulang tahun paling eksklusif dan mahal di tanah air untuk tahun ini.

RM151,100 Harga Busana… 60,000 Kristal Swarovski Dijahit Manual

Namun yang paling mencetuskan perbincangan hangat ialah busana mewah yang digayakan Haliza malam tadi. Rekaan eksklusif ini diilhamkan daripada gaya bespoke men suit yang diolah dengan silhouette klasik Dior era 1920-an, bertepatan dengan tema ‘Malam Gala Jazz’.

Busana tersebut dihasilkan oleh rumah fesyen RI Haute Couture dengan sentuhan pereka Faizul Surani yang kini menerajui legasi fesyen RI Couture. Mengambil masa dua bulan untuk disiapkan, adi busana ini menggunakan pelbagai jenis fabrik premium yang dibawa khas dari Eropah seperti wool sutera, renda Perancis, satin silk dan shantung silk.

Ia turut dihiasi lebih 60,000 butir kristal Swarovski yang dijahit secara manual satu demi satu menggunakan teknik ‘drapping’ dan ‘paneling’.

Nilai keseluruhan busana itu dianggarkan berjumlah RM151,100 dan ia merangkumi kos fabrik dan rekaan bernilai RM71,100 serta tambahan RM80,000 hanya untuk kristal Swarovski sahaja.

Media Sosial ‘Terbakar’ Dengan Reaksi Netizen

Kedua-dua elemen kek dan busana telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ramai yang terkejut dengan nilai keseluruhan perbelanjaan bagi sambutan hari lahir tersebut.

Ada yang memuji usaha serta keunikan seni rekaan yang diketengahkan, manakala segelintir melontarkan pandangan berbeza mengenai keutamaan dalam berbelanja.

Walau apa pun pandangan, sambutan ulang tahun ke-48 Haliza nyata meninggalkan impak besar dalam dunia fesyen dan gaya hidup tempatan, membuktikan yang jenama Bawal Exclusive bukan sahaja sinonim dengan tudung premium, tetapi juga gaya hidup mewah dan berprestij.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Jan 2026

PPASM Angkat Warisan & Jati Diri, Siti Rafidah Daud Juara Pertandingan Nyanyian Borneo 2025

Persatuan Pentas Anak Seni Malaysia (PPASM) terus memartabatkan warisan muzik berteraskan budaya menerusi penganjuran Pertandingan Nyanyian Borneo 2025, baru-baru ini.

Featured Fri, 15 Apr 2022

Akhirnya Hak Jagaan Anak Vanessa Angel Selesai, Gala Sky Diserah Kepada Bapa Mertua

Akhirnya hak penjagaan anak kepada pasangan Allahyarham Vanesza Adzania atau lebih dikenali sebagai Vanessa Angel dan Bibi Adriansyah akhirnya selesai apabila hampir lima bulan perkara ini menjadi kes mahkamah. Memetik laporan Tribunnews, hak penjagaan anak […]

Featured Wed, 18 Jan 2023

“Fasha Sanda Hamil? Tambah Zuriat Itu Ada Dalam Perancangan Kami” – Aidil Aziz

Aamiin… Kita merancang, Tuhan yang menentukan🧡🧡🧡

Hiburan Sat, 7 Apr 2018

Tiada Anak Alasan Berpisah, Deja Moss Reda

Saya sedia bermadu tapi entahlah…yang pastinya apa yang boleh saya katakan adalah mungkin kami sudah tiada jodoh.

Featured Sun, 24 Oct 2021

“Makanan Busung Berulat, Sofa Rosak, Tahi Kucing Merata, Bau Hancing” – Penyewa Dari ‘Neraka’ Buatkan Owner Rugi RM15,000

Kisah penyewa tidak menjaga rumah dengan baik bukanlah satu perkara baharu. Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Wanie (@waniejas.property), dia berkongsi mengenai keadaan rumah yang ditinggalkan penyewa. @waniejas.property Penyewa […]

Hiburan Thu, 4 Apr 2019

‘Fresh Orange Ikat Tepi’ Punya Pasal…

Lagi satu, orang jarang beli fresh orange ikat tepi. Selalu teh ais, milo dan lain-lain. Kru siap tanya saya, ada ke orang pernah buat?

Hiburan Fri, 22 Dec 2023
Featured Mon, 20 Mar 2023
error: Content is protected !!