Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 11, 2025 @ 5:24pm

“Kalau Leona Pakai Tudung Esok, Dia Terus Dapat Pahala” – Azhar Sulaiman

“Kalau terus free hair, dosa pun terus jalan…”

Demikian kenyataan pelakon senior, Azhar Sulaiman yang secara terbuka menyentuh soal penampilan anaknya, Kasih Iris Leona, yang sering menjadi perhatian ramai kerana berpakaian menjolok mata.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story (IGs) miliknya, Azhar berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama individu dipercayai kru produksi ketika membincangkan soal pandangan berbeza berkaitan agama.

Menurut Azhar, apabila berlaku perselisihan pendapat dalam hal-hal keagamaan, dia sering menjadikan Leona sebagai contoh situasi untuk menyampaikan pandangan peribadinya.

“Bila saya berselisih pendapat tentang agama dengan pihak produksi, saya selalu guna anak perempuan saya sebagai contoh situasi dan keadaan.

“Saya tak setuju dengan ungkapan ‘Tuhan tidak menilai seseorang sekarang tetapi pengakhirannya’,” tulisnya dalam kapsyen tersebut.

Perkongsian itu turut menyentuh soal penampilan Leona yang sebelum ini pernah dikritik kerana berpakaian menjolok mata.

Mengulas lanjut, Azhar berpendapat dosa aurat anaknya akan berkurang sekiranya Leona memilih untuk bertudung.

“Saya tidak menggalakkan konsep ‘tak apa, nanti dulu’. My daughter akan terus dapat pahala kalau dia mula pakai tudung esok. Kalau terus free hair, maka dia akan terus kumpul dosa.

“Katakanlah ditakdirkan lusa dia meninggal dunia, secara logiknya dosa aurat dia akan jadi ringan sikit kalau dia mula bertudung, kan?” ujarnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 5 Aug 2019

Tahniah…Nina Iskandar Kini Bergelar Isteri Penolong Pengarah!

Bagi saya, ini waktu sesuai saya mengadakan majlis resepsi selain diadakan sempena hari jadi.

Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Hiburan Fri, 2 Mar 2018

Lazada To Sell G-Dragon Limited Edition Merchandise!

G-Dragon has started his mandatory military service this week but he has prepared a special present for all of his fans!

Hiburan Mon, 21 Oct 2024
Featured Thu, 21 Sep 2023
Hiburan Wed, 1 Apr 2026

Marissa Dania Akui Kini Dalam Proses Berpisah Dengan Aslam – “Tolong Beri Kami Ruang”

Marissa berharap semua pihak menghentikan spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan.

Trending Sat, 9 Jan 2021
Hiburan Mon, 29 Jul 2019
error: Content is protected !!