Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 11, 2025 @ 7:34pm

Midnight Fusic Umum Konsert Solo Pertama ‘Forevermore 2025’ di Zepp KL 14 September Ini

Selepas lebih satu dekad mewarnai industri muzik tempatan dan luar negara, band rock alternatif Midnight Fusic akhirnya bakal mengadakan konsert solo pertama mereka yang dinanti-nantikan.

Diberi judul Midnight Fusic Forevermore 2025, konsert itu akan berlangsung pada 14 September ini di Zepp Kuala Lumpur, dibawakan oleh Oyollo Asia.

Dianggotai Arif Kamarudin (vokal, gitar), Adrian Danial (vokal, gitar), Firdaus Azmi (bass) dan Muaz Rabbani (dram), Midnight Fusic menjanjikan persembahan bertenaga dan penuh emosi dengan senarai lagu yang disusun secara naratif untuk membawa penonton menyusuri perjalanan seni mereka.

“Konsert ini bukan sekadar gig lain, ia adalah lembaran baru untuk kami. Saya tak sabar untuk berada dalam satu ruang bersama peminat dan berkongsi perjalanan kami,” kata Arif.

Manakala Muaz menyifatkan konsert itu sebagai detik yang dinanti selama ini.

“Kami tahu momen paling bermakna ialah ketika lagu pertama dimainkan dan semua penonton akan turut hanyut bersama rentak,” kata Muaz.

Konsert ini turut menandakan ulang tahun ke-10 penubuhan Midnight Fusic serta pelancaran EP terbaru mereka Modus Operandi.

Menurut Pengarah Urusan Oyollo Asia, Kenny Wong, pihaknya bangga menjadi penganjur acara ini kerana yakin dengan potensi besar kumpulan tersebut.

“Midnight Fusic mewakili generasi baharu muzik Malaysia yang berbakat, asli dan berpotensi ke peringkat global. Konsert ini lebih daripada sekadar persembahan; ia meraikan kreativiti, belia dan bakat tempatan,” katanya.

Tiket akan mula dijual pada 14 Julai, jam 3 petang di www.ticket2u.com.my dengan enam kategori berbeza termasuk VIP dan box eksklusif. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, layari media sosial rasmi @midnightfusic dan @oyollo.asia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Thu, 5 Jan 2023
Hiburan Sat, 6 Dec 2025

“Soalan Mengenai Kehamilan Agak Sensitif, Saya Sendiri Takut Nak Tanya Orang Lain” – Amira Othman

Amira Othman memahami soalan itu sudah menjadi kebiasaan, lagi-lagi statusnya sebagai seorang selebriti. Tapi, dia sendiri berhati-hati untuk bertanya soalan sedemikian kepada orang lain.

Featured Wed, 22 Dec 2021

Sarat Hamil 7 Bulan Tak Halang Ernie Zakri Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Walaupun penyanyi Ernie Zakri kini sedang sarat hamil tujuh bulan, ia tidak menghalangnya untuk turun padang untuk membantu masyarakat yang dilanda banjir. Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, memuat naik satu hantaran […]

familuv Sat, 26 Nov 2022

Genap 5 Tahun Kahwin, Ucapan Anniversary Aisyah Hijannah Untuk Alif Teega Undang Sebak

Personaliti media sosial, Aisyah Hijannah menjadi tumpuan warganet setelah memuat naik hantaran momen sepanjang perkahwinan bersempena sambutan ulang tahun yang kelima.   View this post on Instagram   A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah) […]

Featured Fri, 19 Jun 2026

Amir Ahnaf Respons Kenyataan ‘Money Doesn’t Buy Class’ Johan Ghazali – “Aku Kampung & Rempit, Belajar Dengan Cara Yang Susah…”

Amir Ahnaf tampil memberikan respons susulan kenyataan yang ditinggalkan jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali.

Hiburan Fri, 16 Aug 2019
Hiburan Thu, 2 May 2019

3.6 Juta Saksikan Pengakhiran Kejahatan Hamadi Dan Penipuan Juita

Seperti sudah dapat dijangka, akan adakah Nur 3 selepas ini? Tunggu!

error: Content is protected !!