Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 20, 2025 @ 7:23pm

Siri Paling Berani ‘S Line’ Lakonan Lee Soo-hyuk Raih Perhatian, Saksikan Thriller Korea Eksklusif di Tonton!

Hela nafas dalam-dalam! Bayangkan jika kisah silam anda boleh diketahui, bukan melalui cerita atau khabar angin, tetapi melalui benang merah yang kelihatan terapung di atas kepala. Kedengaran pelik? Gila? Menakutkan? Tapi inilah hakikat yang menggemparkan dalam drama Korea terbaru, ‘S LINE’, yang kini ditayangkan secara eksklusif dan pertama, serentak dengan Korea, hanya di platform penstriman No.1 negara, Tonton.

‘S LINE’, sebuah siri Korea yang sedang mencetuskan fenomena dan sedang hangat diperkatakan di seluruh Asia kini boleh ditonton secara eksklusif di Tonton bermula 11 Julai 2025.

Tampil berani mengangkat tema yang jarang disentuh dalam arus perdana, ‘S LINE’ sebuah siri thriller fantasi yang provokatif dan misteri, ia tidak hanya mencuri tumpuan malah mencetuskan perbualan hangat di seluruh Asia. Dibarisi oleh pelakon ternama Korea seperti Lee Soo-hyuk, Lee Da-hee dan Arin, ia bukan sekadar drama biasa, ia adalah sebuah karya yang membawa penonton menyelami dunia fantasi gelap yang sarat dengan ketegangan, skandal dan persoalan tentang naluri manusia.

‘S LINE’ membuka tirai yang mengundang persoalan tentang sisi gelap manusia, bagaimana jika rahsia paling peribadi seseorang boleh diketahui oleh orang lain? Inilah yang berlaku dalam ‘S LINE’, wujudnya satu fenomena aneh iaitu kemunculan garisan merah yang terapung di atas kepala individu tertentu. Garisan yang dikenali sebagai ‘S LINE’ ini ini hanya boleh dilihat oleh segelintir orang.

Ia bukanlah garisan biasa, ia adalah petunjuk visual yang menghubungkan mereka yang pernah terlibat dalam hubungan intim. Bayangkan kekecohan yang berlaku, rahsia yang terlerai satu demi satu, dan tawa serta tangisan yang pecah apabila sejarah peribadi mula terbongkar di khalayak awam! Ia jelas bertindak seperti peta yang membongkar sejarah silam, rahsia peribadi dan skandal yang menggemparkan, sehingga mampu mencetuskan pelbagai reaksi sekali gus menimbulkan kekeliruan, ketakutan serta kekacauan dalam masyarakat.

Di tengah kekalutan dan misteri yang semakin meruncing, muncul watak utama Han Ji-wook (lakonan Lee Soo-hyuk), seorang detektif berkarisma dan berjiwa bebas yang tenang dalam setiap tindakannya. Dia bertekad untuk membongkar kebenaran di sebalik kemunculan fenomena garisan merah misteri ini. Dalam usahanya, Ji-wook tidak bersendirian. Dia bergabung dengan Kyu-jin (lakonan Lee Da-hee), seorang guru sekolah menengah yang memiliki pesona tersendiri dan keistimewaan untuk melihat garisan tersebut, serta Shin Hyun-heup (lakonan Arin), seorang pelajar remaja yang sejak lahir sudah mampu melihat garisan merah ‘S LINE’ – menjadikan hidupnya penuh tekanan dan rasa terasing.

Apabila fenomena ‘S LINE’ semakin memuncak dan mula mengganggu keseimbangan dunia nyata, pelbagai rahsia yang selama ini tersembunyi mula terbongkar. Kekacauan mula timbul, mencabar kepercayaan ketiga-tiga mereka terhadap realiti dan memaksa mereka untuk menentukan – sejauh mana mereka sanggup pergi demi kebenaran?
Semakin mereka menyelam lebih dalam, semakin banyak persoalan yang timbul. Kenapa hanya segelintir sahaja mampu melihat garisan ini? Kenapa ada individu yang langsung tidak memilikinya? Dan adakah semua ini berkait dengan satu siri pembunuhan berantai yang sedang menggemparkan kota?

Apa yang lebih menggusarkan, garisan merah ini bukan sekadar simbol, ia menjadi kunci kepada satu siri pembunuhan berantai yang mengejutkan. Dan dalam usaha mencari kebenaran, Ji-wook dan pasukannya menemui seorang individu pelik, Kyu-jin, satu-satunya orang yang langsung tidak mempunyai sebarang ‘S LINE’. Siapa sebenarnya dia? Apa rahsia yang disembunyikannya? Dan adakah semua ini sekadar imaginasi, atau realiti yang telah mula meracuni dunia?

Bukan hanya jalan cerita yang membuatkan minda berfikir, malah ‘S LINE’ turut menonjolkan arahan dan penulisan yang luar biasa. Idea asal oleh Handae Rhee dan diterjemahkan dengan cemerlang oleh pengarah Ahn Joo-young, ‘S LINE’ diadaptasi daripada webtoon popular karya Kkomabi, penulis yang juga dikenali menerusi drama siri popular ‘A Killer Paradox’.

‘S LINE’ turut menarik perhatian di peringkat antarabangsa. Ia merupakan satu-satunya drama Korea yang terpilih dalam pertandingan utama di Festival Siri Antarabangsa Cannes ke-8, dan berjaya membawa pulang Anugerah Muzik Terbaik. Pengarah muzik Lee Jun Oh menerima pujian atas reka bentuk bunyinya yang berjaya menghidupkan setiap babak dengan sempurna dan meningkatkan intensiti drama ini.

Bagi peminat Lee Soo-hyuk, ini adalah kemunculan semula yang tidak boleh dilepaskan. Beliau bukan sahaja tampil dengan lakonan yang lebih matang dan penuh dimensi, malah memperlihatkan sisi lain dirinya sebagai Han Ji-wook. Siri thriller psikologi enam episod yang berdurasi 50 minit ini, kini trending dan mencuri perhatian penonton seantero Asia, sekarang tersedia untuk tontonan rakyat Malaysia, hanya di Tonton.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

Dengan binaan struktur naratif yang padat, sinematografi yang memukau dan pelbagai plot twist yang menegangkan ‘S LINE’ ditayangkan secara serentak, dengan penonton Malaysia kini berpeluang mengikuti perkembangan episod demi episod pada hari yang sama dengan Korea – memberi peluang kepada penonton untuk mengikuti perkembangan plot secara intens dan mendalam. Dua episod pertama telah ditayangkan pada 11 Julai, diikuti dua lagi secara serentak pada 18 Julai, dan episod kemuncak pada 25 Julai.

‘S LINE’ kini secara rasmi tersenarai antara kandungan paling tinggi tontonan di Tonton, mencatat jumlah tontonan luar biasa sejak ditayangkan. Fenomena ini membuktikan bahawa penonton tempatan sudah tidak sabar untuk mengetahui – apakah yang akan terbongkar seterusnya? Strim ‘S LINE’ sekarang di Tonton. Muat turun aplikasi Tonton atau layari TONTON hari ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Aug 2024

“Allah Yang Akan Menentukan Segalanya, Saya Reda Sahaja” – Datuk Yusof Haslam

“Sebagai orang tua, sudah tentu kita ada terasa hati apabila anak jauh dari keluarga” – Datuk Yusof Haslam

Hiburan Fri, 23 Aug 2024

Dr Say Pernah Terima Gaji Puluhan Ribu Sebagai Content Creator – “Amaun Itu Saya Caj Untuk…”

Fuhhhh, tak heranlah kalau ramai yang nak jadi Content Creators sekarang kan. Tapi kena pastikan content korang bermanfaat

Featured Tue, 11 Oct 2022

Rizky Billar Cerai Talak Satu, Dakwa Lesti Kejora Bukan Isteri Yang Baik

Kisah keganasan rumah tangga membabitkan selebriti popular Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar nampaknya masih mendapat perhatian ramai pihak. Peguam Rizky, Adek Erfil Manurung berkata, Rizky dikatakan pernah melafazkan talak satu kepada Lesti ketika mereka […]

Featured Fri, 22 Nov 2024

Pemain Gitar Kumpulan Spider Meninggal Dunia

Pemain gitar kumpulan Spider, Hanafi Hamdan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada Jumaat.

Featured Tue, 3 Mar 2026

Genap 7 Hari Pemergian Andre Mikhail, Amyza Aznan Luah Rasa Sebak – “Aku Ikhlas Tapi Aku Rindu”

Genap seminggu pemergian anakanda tercinta, pelakon, Amyza Aznan sekali lagi mencuri perhatian apabila meluahkan perasaan yang dipendam mengenai pemergian anak tercinta, Allahyarham Andre Mikhail.

Featured Wed, 18 Jan 2023

Sanggup Korban Kerjaya, Puteri Sarah Dedah 6 Tahun Jadi Suri Rumah – “Masa Nak Kahwin, I Buang Semua”

Pelakon Puteri Sarah menjadi suri rumah selama enam tahun dan menghentikan segala perkembangan kariernya sewaktu ingin berkahwin, suatu ketika dahulu. Menerusi rakaman sesi siaran langsung bersama Neelofa yang dimuat naik oleh akaun @amyqashrina baru-baru ini, […]

Trending Sun, 7 Jul 2019

Pemandu Bas Meninggal Bawa Penumpang Ke Pulau Pinang

Maut memang tidak kenal masa dalam perjalanan pun boleh meninggal

Featured Fri, 7 Nov 2025

“Ernie Zakri Tidak Bossy, Tidak Diva & Hormat Orang”- Allan Anderson

Kata Allan, Ernie bukan sahaja berbakat tetapi sepanjang bekerjasama tetapi…

error: Content is protected !!