Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin July 21, 2025 @ 2:40pm

Kes Bunuh Zayn Rayyan: Bapa Dilepas, Ibu Diminta Bela Diri

Susulan insiden yang menimpa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan dua tahun lalu, Mahkamah seksyen hari ini sebulat suara membebaskan bapanya, Zaim Ikhwan Zahari pada Isnin.

Hakim, Dr Syahliza Warnoh memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Zaim Ikhwan di akhir kes pendakwaan.

Manakala, isterinya Ismanira Abdul Manaf pula diperintahkan untuk membela diri atas pertuduhan berkenaan kerana terdapat kes prima facie terhadap wanita itu.

Difahamkan, keadaan di mahkamah yang pada mulanya senyap bertukar menjadi penuh emosi apabila ahli keluarga, termasuk bapa arwah iaitu Zahari Mohd Reba, 56, menitiskan air mata sambil berpelukan dengan ahli keluarga lain.

Pasangan suami isteri berusia 30 tahun itu juga tidak dapat menahan tangis sewaktu mendengar keputusan dari kandang tertuduh.

ARTIKEL BERKAITAN:DNA Sahkan Kesan Darah Di Bilik Adalah Milik Zayn Rayyan – Saksi Pendakwaan

ARTIKEL BERKAITAN:Daun Pulai Ditemui Dalam Perut & Tiada DNA Asing Dalam D*bur Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN:Kelenjar Tiriod Lebam, Zayn Rayyan M*ti Dijerut.. Dub*r Koyak Dimasukkan Objek Tumpul – Pakar Forensik

ARTIKEL BERKAITAN:“Rasa Nak B*nuh Orang Saja, Lantaklah Hidup Ke M*ti” – Polis & Saksi Dedah Mesej Pada Hari Zayn Rayyan Hilang

Dalam pada itu, mahkamah kemudian memberikan tiga pilihan kepada tertuduh iaitu pilihan pertama adalah, memberi keterangan bersumpah dari kandang tertuduh, di mana pihak pendakwaan berhak menyoal balas kenyataan tersebut.

Pilihan kedua ialah memberikan keterangan tanpa bersumpah dari kandang tertuduh, dan dalam keadaan ini pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas.

Manakala pilihan ketiga adalah untuk berdiam diri dan tidak memberikan sebarang jawapan terhadap pertuduhan.

Terdahulu, mengikut pindaan, pasangan itu didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, kerana telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, pada jam 10 malam.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang sebelum ditemui terbaring kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

 

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 4 Jan 2021

Ziela Jalil Bermadu Kali Kedua

Jodoh rahsia Tuhan..

Featured Wed, 17 May 2023

Adam Shamil Sampai Mesej Penghargaan Melalui Lagu ‘Bantu’

Pempengaruh digital, Adam Shamil Misran, 29 atau nama pentasnya sebagai Adam Shamil kini bersedia untuk melakar lebih jauh dalam industri hiburan tanah air setelah secara rasminya menjadi artis terbaru World Peace Entertainment (WPE) Sdn Bhd […]

Eat Travel Wed, 26 Jun 2019

Anda rasa kurang cerdas? Amalkan enam jenis makanan ini!

Semua jenis makanan ini sangat enak sebagai hidangan.

Featured Mon, 30 Sep 2019

Mahu rambut sihat berkilat seperti rambut artis K-Pop? Ikuti 6 panduan ini

Walaupun digayakan banyak kali, rambut mereka tetap tampak lembut.

Eat Travel Mon, 17 Dec 2018

Wave Rock Port Baru Buat Si Kaki Hiking!

Uniknya tentang Wave Rock ini, adalah bentuk jalurnya yang senget!

error: Content is protected !!