Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 15, 2025 @ 4:12pm

Hot FM Cipta Rekod ASEAN, 90 Minit Bersiaran Langsung Di Kedalaman 10 Meter Dasar Laut Pulau Bidong

Stesen radio Hot FM mencatat sejarah baharu apabila diiktiraf Asean Records sebagai First and Deepest Outdoor Underwater Live Radio Broadcast in Open Sea by Radio Personalities dengan rekod penyiaran pada kedalaman 10 meter selama 90 minit.

Menerusi program Bekpes Hot, penyampai popular Khairy Jamaluddin (KJ), Johan, AG dan Fara Fauzana tampil mencabar diri dengan bersiaran secara langsung dari dasar laut Pulau Bidong, Terengganu pada pagi Jumaat.

Pengarah Kandungan Kanan Hot FM, Raja Khairil Idris Raja Aznan berkata, pencapaian itu membuktikan semangat juang dan keberanian barisan penyampai Hot FM dalam mengangkat idea luar biasa.

“Selepas menawan puncak tertinggi di Malaysia, kami mahu menakluk ‘dunia sunyi’ di bawah laut. Cabaran ini mencerminkan keberanian, inovasi dan DNA Hot FM yang sentiasa mahu kekal relevan serta dekat di hati peminat,” katanya.

Pengarah Program Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Hasrizal Shaari, pula menyifatkan kolaborasi itu sebagai pengiktirafan terhadap kepakaran UMT dalam bidang kelautan, sumber marin dan aktiviti selam skuba.

Hot FM turut merakamkan penghargaan kepada rakan strategik utama, UMT melalui UMT Diving School; rakan strategik lain iaitu Venticare Medical (M) Sdn Bhd dan IST Malaysia; serta penaja utama Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd menerusi jenama Gardenia Puazz!.

Menariknya, kempen ini mencatat sejarah di 10 negara Asia apabila buat julung kalinya siaran radio langsung dari dasar laut direalisasikan.

Lebih membanggakan, monumen berbentuk mikrofon dan studio mini bawah laut turut ditempatkan sebagai simbol kejayaan, sekali gus menyumbang kepada usaha pemeliharaan ekosistem marin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 16 Aug 2021

“Saya Cuba Lakukan Yang Terbaik Untuk Selamatkan Nyawa”- Muhyiddin Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Susulan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri hari ini,Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Menerusi perutusan khas Perdana Menteri sekitar jam 3 petang tadi, Muhyiddin mengakui sebagai manusia biasa beliau tidak lari […]

Trending Thu, 1 Jul 2021
Hiburan Fri, 7 Feb 2020
Hiburan Sun, 25 Jan 2026
Trending Wed, 2 Oct 2019

Jabatan Pendidikan Negeri Perlu Siasat Dakwaan Soalan PT3 Bocor -KPM

KPM menafikan dakwaan kononnya peperiksaan Bahasa Inggeris PT3 akan diulang semula

Featured Tue, 27 Aug 2024
error: Content is protected !!