Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 29, 2025 @ 1:26pm

Mimi Fly Dedah Lagu Angkat Dibuat Selepas Bercerai, Kini Selesa Hidup Solo – “Saya Rasa Lebih Dekat Dengan Tuhan”

Penyanyi yang popular menerusi lagu Angkat, Mimi Fly menegaskan, dia kini lebih selesa hidup bersendirian kerana merasakan dirinya lebih dekat dengan Tuhan selain mempunyai kebebasan untuk berkarya.

Kata Mimi atau nama lengkapnya, Shamimi Amalina Norisham, selepas melalui fasa perpisahan, lebih banyak perubahan positif yang berlaku dalam kehidupannya.

“Saya buat lagu Angkat selepas saya bercerai. Dan sebelum ini memang saya ada persepsi lain tentang teman hidup dan cinta.

“Tapi sekarang saya lebih suka sendiri dan saya rasa hubunagn saya dengan Tuhan lebih dekat dan kuat.

“Kawan-kawan saya sendiri cakap, bila saya breakup baru karier saya meningkat dan mereka pernah kata, saya perlu melalui proses itu barulah bersemangat untuk bangkit,” katanya.

Mimi, 39, berkongsi perkara itu usai majlis pelancaran lagu Nara yang di adakan di Rexperinece, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Meskipun lebih selesa hidup solo, Mimi berkata, situasi ini tidak harus menjadi titik tolak untuk golongan wanita berasa takut sebaliknya menganggap ia adalah proses memberi ruang kepada diri sendiri.

“Jangan takut untuk hidup single. Ada banyak benda kita boleh buat kalau single.

“Saya tak rasa hidup sebagai seorang yang single itu kesalahan tapi inilah masanya untuk kita ada kehidupan sendiri.

“Sudah hampir setahun saya tidak mempunyai teman lelaki, dan kalau diimbau semula kehidupan saya yang dahulu saya rasa 10 hari sahaja saya single lepastu ada teman pengganti baru,” jelasnya.

 

Untuk rekod, Mimi pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Firdaus Fajar pada 16 Mei 2015.

Namun, pasangan ini sepakat bercerai selepas tiga tahun bersama.

Dalam perkembangan lain, Mimi kini tampil dengan single terbaharu berjudul Nara yang diinspirasikan daripada kisah dongeng legenda Puteri Gunung Ledang.

Menariknya, lagu ini mengetengahkan gabungan elemen pop dan hip-hop hasil sentuhan muzik Nusantara.

Single Nara kini sudah boleh didengari di semua platform digital utama termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 20 Feb 2025
Hiburan Tue, 13 Feb 2018

ZIZAN RAZAK BAKAL TEMBUSI PASARAN INDONESIA, BERLAKON DENGAN RAFFI AHMAD

Bakal bergandingan dengan suami kepada pelakon Nagita Slavina, Zizan dijangka memulakan penggambaran tak lama lagi. Tahniah Zizan!

Featured Fri, 19 May 2023

Pernah Dikritik ‘Over’ Jumpa Pelakon Korea, Adriana Adnan Jawab Isu Minat Dikaitkan Dengan Agama

Tak salah minat sesuatu perkara tapi kena lah berpada-pada juga kan

Trending Thu, 17 Jun 2021
Featured Mon, 24 Nov 2025
Featured Wed, 30 Nov 2022

Susulan Kes Dadah, Farid Kamil Didenda RM5,000 & Terlepas Hukuman Penjara 9 Bulan

Saya gembira kerana kes ini telah selesai di peringkat rayuan – Farid Kamil

Hiburan Fri, 26 Jun 2026

Filem The Keris Angkat Warisan Melayu, Gabung Aksi Moden & Hikayat Hang Tuah

Legenda Hang Tuah kembali diangkat ke layar perak menerusi filem The Keris, sebuah naskhah yang menggabungkan elemen sejarah, aksi dan drama dengan sentuhan moden.

error: Content is protected !!