Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 9, 2025 @ 2:16pm

Perkongsian Amira Othman Tentang Prinsip Pilih Pasangan Sorot Perhatian – “Nak Buat Suami Kena Pilih Yang Bersesuaian”

Perkongsian video mengenai prinsip tentang jodoh dan pemilihan pasangan hidup penyanyi Amira Othman kembali menyorot perhatian selepas pengumuman berita perkahwinannya bersama aktor, Fattah Amin pada Isnin.

Menerusi klip video bual bicara @myaudioplus, Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 32, menjelaskan dia memilih pasangan hidup sesuai dengan dirinya.

“Kita nak buat suami semestinya kita memilih yang terbaik dan bersesuai untuk kita,

“Sesiapa sahaja berkenaan urusan jodoh ni kita tak tahu dengan siapa atau pada waktu bila kita aminkan sahaja. Nak jawab lebih-lebih seram,” katanya.

Mengulas lanjut, ketika ditanya sama ada dirinya seorang yang terlalu memilih, Amira menjelaskan soal ‘memilih’ itu perlu ada, lebih-lebih lagi bila melibatkan pasangan hidup.

Katanya, setiap orang berhak menentukan pilihan terbaik untuk diri mereka sendiri.

“Nak cakap  memilih atau memilih sangat tu, kita nak buat suami? Pastinya kena pilih yang bersesuaian begitu juga dengan lelaki, mesti nak pilih isteri yang terbaik juga kan? Memilih ni maksudnya, bukan yang tahap lebih-lebih. Sebab saya pun sedar diri siapalah saya nak pilih lebih-lebih.

“Tapi of course tahu apa yang sesuai dan tidak dan kita kenal diri sendiri.

“Selain mahukan restu. tapi nak kata memilih tu tidak lah juga yang penting biar lambat asal selamat,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Audio+ (@myaudioplus)

Terdahulu, pelakon popular Fattah Amin membuat kejutan manis di majlis pelancaran single terbaru Amira bersama adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir.

Menerusi majlis itu, Fattah akhirnya mengakui status hubungan mereka dan mendedahkan pasangan tersebut bakal disatukan sebagai suami isteri pada 14 September ini, yang juga merupakan tarikh lahirnya sendiri.

Sebelum ini, media sosial sempat kecoh dengan dakwaan kononnya Fattah bakal menamatkan zaman duda dalam masa terdekat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 Jul 2025

“Ingatkan Sekadar Datang Melawat, Rupanya Bawa Rezeki” – Dharma Harun Al-Rashid Terharu A. Aida Hulur Tawaran Berlakon

Alhamdulillah, terima kasih A Aida buka ruang rezeki untuk Dharma Harun Al-Rashid.

Trending Mon, 14 Jun 2021

Akui Terjejas Kerana Pandemik, Siti Nordiana Bersyukur Ada Punca Pendapatan Lain

Terkesan dek kerana pandemik Covid-19, penyanyi Siti Nordiana mengakui pendapatannya dalam bidang muzik merosot sebanyak 60 peratus. Wanita yang mesra disapa dengan nama Nana ini mendedahkan perkara terbabit berlaku sejak persembahan secara terbuka tidak boleh […]

Hiburan Tue, 9 Dec 2025

“Ambil Wuduk Pun Buat Saya Tenang, Solat Macam ‘Dating’ Dengan Allah” – Nadia Brian

Nadia mengakui amalan solat adalah sumber kekuatan terbesar dalam hidupnya

Featured Tue, 10 Mar 2026

“Pemergian Yang Sangat Dicemburui, Meninggal Pada Bulan Yang Mulia” – Pemergian Vidi Aldiano Beri Impak Pada Nora Danish 

Pelakon Nora Danish meluahkan rasa sebak susulan pemergian penyanyi Indonesia, Vidi Aldiano yang disifatkannya sebagai satu kehilangan besar buat keluarga, teman rapat dan peminat arwah.

Trending Tue, 29 Jun 2021
Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Kehilangan Pekan Jadi Tanda Tanya, Rita Rudaini Buat Laporan Polis

Semoga Pekan cepat ditemui, kesian Mummy Rita dah rindu sangat tu…

Featured Wed, 5 Oct 2022

[VIDEO] Zahirah Macwilson Senaraikan Nama Bayi Lelaki Untuk Anak Kedua?

Dah ada yang kedua ke tu? Mesti comel kan 😍

error: Content is protected !!