Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 24, 2025 @ 8:49pm

“Setiap Orang Ada Hak Untuk Beri Pandangan, Tapi…” – Aina Abdul Percaya Dengan Kredibiliti Juri

Penyanyi bersuara lantang, Aina Abdul, 32, menghormati pandangan seorang artis senior mengenai dakwaan hanya penyanyi yang menjerit boleh menang anugerah di Malaysia, namun dia tidak sependapat dengan kenyataan tersebut.

Menurut Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, dia kurang pasti tahap serius isu berkenaan, tetapi tetap percaya kepada integriti barisan juri profesional yang menilai pemenang dalam kategori vokal.

“Saya anggap setiap orang ada hak untuk memberi pandangan dan saya hormat perkara itu. Tapi bagi saya, kalau isu vokal dipertikaikan, ia seolah-olah mempersoal kredibiliti penjurian secara keseluruhan. Itu saya rasa tidak sepatutnya.

“Jujurnya, saya tidak bersetuju dengan kenyataan itu kerana sepanjang Anugerah Industri Muzik (AIM) sebelum ini, ramai saja pemenang yang membawakan lagu santai, bukan sekadar menjerit,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya, Sesaat, di sini, hari ini.

Aina yang meraih empat trofi di AIM 24 termasuk kategori Vokal Wanita Terbaik menegaskan kemenangannya bukan semata-mata kerana mampu mencapai nota tinggi.

“Saya datang daripada latar belakang muzik dan pernah berguru dengan tenaga pengajar berkaliber. Jadi apa yang saya lakukan bukan sekadar menjerit, tetapi berasaskan ilmu vokal. Saya tahu kemampuan saya dan ilmu itu yang saya bawa dalam setiap persembahan,” jelasnya.

Aina ditemui di majlis pelancaran single Sesaat di Courtyard By Marriott Kuala Lumpur South, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Aina turut mengakui sudah menjangka kemenangannya akan menimbulkan perdebatan. Malah, dia tidak terkesan kerana sudah terbiasa berdepan kritikan sejak awal menceburi bidang seni, termasuk ketika menyertai Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Saya sudah belajar banyak perkara sejak AJL. Kritikan itu perkara biasa, malah ia yang mematangkan saya sebagai anak seni,” katanya.

Terdahulu, isu ini tercetus selepas hantaran seorang penyanyi senior di Threads baru-baru ini mencuri perhatian ramai.

Penyanyi itu membandingkan industri muzik tempatan dengan penyanyi antarabangsa seperti Norah Jones dan Sade, sambil mempersoalkan sama ada kedua-duanya mampu menang anugerah di Malaysia kerana gaya mereka yang tidak menjerit ketika menyanyi.

@xtra_my Alamak, sedapnya 🫠🥺 Galau kejap dengar Aina Abdul belanja single baharu Sesaat. Tak sabar nak tunggu versi full pada 26 September ni! ❤️ #xtramy #xtratonton #ainaabdul ♬ original sound – XTRA

Walaupun hantaran tersebut tidak menyebut nama individu, ramai netizen mengaitkannya dengan kejayaan besar Aina di AIM24 yang menyaksikan dia membawa pulang empat anugerah.

Lagu Jangan Mati Rasa Itu diangkat sebagai Vokal Wanita Terbaik, Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik, manakala album Imaji Deluxe Edition pula diumumkan sebagai Rakaman Album Terbaik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 7 Mar 2018

流浪汉「超励志爱情故事」别再自暴自弃了!

爱情总是发生得又快又急,让你还来不及顾及对方的现实因素,就已经被名为「爱情」的龙捲风给捲了进去。而在我们羡慕那些梦幻到不行的童话故事前,这样的爱情也降临在作家Emmy Abrahamson和Vic Kocula身上。

Trending Thu, 2 Jan 2020

Penduduk Hong Kong Sambut 2020 Dengan Tunjuk Perasaan Besar-Besaran

Hmm.. Tahun Baru disambut dengan begini , sedihnya

Hiburan Sun, 22 Feb 2026

Muaz Zabir, Ariana Yusof & Sabri Yunus Bergandingan Dalam Mr Perfect Ramadan

Dibintangi oleh Muaz Zabir, Ariana Yusof dan Sabri Yunus, Mr Perfect Ramadan mengetengahkan kisah ringan tetapi sarat dengan nilai kekeluargaan.

Hiburan Thu, 28 Aug 2025
Trending Thu, 10 May 2018

Dinobat Sebagai Puteri Muslimah Asia 2018, Uyaina Bangga Harumkan Nama Malaysia

Kemenangan itu melayakkan Uyaina membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, tiara dan trofi.

error: Content is protected !!